Rabu, 19 Jun 2019

Ayam Masak Thai


  Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua...

Dok pikir2 nak masak apa dengan ayam, asyik sambal ayam, kicap ayam... boring rasanya. Kali ni saya cuba memasak ayam masak thai pula. Memang super sedap. Encik somi pun puji sedap. Lain kali disuruh masak guna daging pula. Kira okay lah tu... 

Jom tengok resepinya.


Resepi Ayam Masak Thai

Bahan-bahannya:

1/2 kilo ayam 
1 biji cili merah
daun limau purut
3 batang serai
sos ikan
sos tiram
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis dan menggoreng ayam


  Bahan dihiris.


Bahan kisar:
2 biji cili merah
cili api (ikut kepedasan)
1 biji bawang besar
3 uls bawang putih
1 cm kunyit hidup


Cara memasaknya:

1. Ayam dibersihkan dan dimasukkan garam
   kunyit, biarkan sekejap. Kemudian digoreng
   hingga separuh masak.


2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga
   naik minyak, masukkan serai dan bawang
   besar. Gaul rata.

3. Masukkan sos ikan, sos tiram. Kacau lagi, 
   jika kering tambah sedikit air. Kemudian 
   masukkan pula ayam yang digoreng tadi
   diikuti pula dengan garam serta sedikit 
   gula, dan juga serbuk perasa jika suka.

4. Bila ayam dah masak sekata, masukkan cili
   merah serta bawang hiris.

5. Bila dah masak barulah diangkat untuk
   dihidangkan.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.



Khamis, 13 Jun 2019

Masak Lemak Pucuk Ubi


Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua... salam dipagi Jumaat yang indah, semoga sahabat semua sihat2 sahaja di hari ini.

Pulang dari kampung tempohari bawak pucuk ubi kayu. Dapatlah buat masak lemak pucuk ubi. Untungnya kalau duduk kat kampung, boleh tanam tanaman, sesak2 boleh petik pucuk-pucuk kayu buat lauk. Pasti jimat belanja. Kalau tinggal kat bandar semuanya nak kena beli... kan.

Jomlah tengok resepi masak lemak pucuk ubi dari saya.


Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 ikat pucuk ubi (direbus)
1/2 kotak santan kara
cili api
sejemput ikan bilis
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
garam dan perasa jika suka


Cara memasaknya:

1. Celur pucuk ubi dan toskan  airnya.

2. Kisar cili padi, bawang merah, bawang
   putih, ikan bilis serta kunyit hidup 
   hingga halus.

3. Didihkan santan, masukkan bahan-bahan 
   kisar, biarkan mendidih.

4. akhir sekali masukkan pucuk ubi yg telah
   direbus, masukkan garam dan sedikit perasa
   jika suka.

5. Rasakan, bila dah cukup rasa barulah 
   diangkat untuk dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas beserta ulam-ulaman.

Selamat mencuba...


Rabu, 5 Jun 2019

Salam Aidil Fitri 2019


Assalamualaikum...

Sempena dihari raya yang mulia ini saya ingin mngucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mhon maafzahir dan bathin kepada teman-teman yang mengenali saya.


Mohon dimaafkan segala salah dan silap atau kata-kata yang mengguris hati sahabat semua semada secara sengaja atau tidak sengaja.



Sekadar photo kenang-kenangan bersama keluarga dihari lebaran tahun ini. 




Selasa, 4 Jun 2019

Ketupat Rendang Raya


       Assalamualaikum...

Selamat malam semua...

Alhadulillah... tamatlah sudah Ramadhan kali ini. Besok merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam setelah penat berpuasa sebulan. Jadi besok adalah Hari Raya Aidil Fitri.

Hari ni semua orang sibuk membuat persiapan pelbagai juadah untuk hari raya esok. Tak ketinggalan juga saya pun menyediakan ketupat rendang untuk hidangan di hari raya.

Inilah menu yang selalu saya akan sediakan tak kira lah jika beraya sendiri atau beraya dikampung.



Raya kali ini saya beraya di Shah Alam dulu, raya ke 3 baru akan berangkat ke kampung sekalian menghantar 2 anak balik ke asrama di Kedah. 



Resepi Ketupat Daun Palas

Bahan-bahan:


Daun palas (dibuat kelongsong dahulu)

2 kg beras pulut
santan (dari 3 biji kelapa)
garam
daun pandan

Cara membuatnya:


1. Santan diperah diambil kepala santan(yg 

   pekat).

2. Beras pulut dicuci bersih.


3. Masak santan didalam kuali, masukkan garam

   serta daun pandan. Masak sehingga 
   mendidih atau sampai sedikit berminyak.

4. Masukkan beras pulut. Kacau sehingga ia
   kering.

5. Angkat dan biarkan sebentar. Kemudian 

   barulah proses membalut ketupat.

6. Apabila semua ketupat siap dibalut, 

   rebuslah ketupat dengan air yang hampir
   penuh. Biarkan ia mendidih dan tunggulah 
   sehingga airnya kering.

7. Bila air dah kering menunjukkan ketupat 

   sudah masak. Angkat dan toskan serta 
   dinginkan.




Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahannya:


2 ekor ayam

cili kering*
bawang besar*
bawang merah*
halia*
serai* 
lengkuas*
kunyit hidup*
kerisik
santan
daun kunyit (dihiris halus)
garam, gula serta perasa jika suka
(semua bahan di atas ikut terpulang kepada kita nak sedap letak bahan banyak2).

Cara memasaknya:


1. Ayam dipotong dan dicuci bersih.


2. Semua bahan yang bertanda * dikisar halus.


3. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar

   ayam serta kerisik ke dalam kuali. Biarkan
   sehingga mendidih.

4. Masukkan santan serta garam, gula serta

   perasa jika suka. Masak sehingga rendang 
   menjadi kering. Sekali sekala hendaklah 
   dikacau supaya bawahnya tidah hangit.
   Sebelum tutup api, taburkan dengan daun 
   kunyit yang dihiris halus.

Selamat mencuba...




Isnin, 3 Jun 2019

Biskut Sarang Semut lagi


Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
Tinggal besok satu hari lagi kita berpuasa, sedihnya terasa kerana Ramadhan akan meninggalkan kita. Terasa cepatnya masa berjalan. 

Hari ni buat biskut sarang semut pula. Sebelum ni memang pernah buat biskut ni. Tapi kali ini saya cuba resepi lain pula, tapi biskutnya tetap juga sedap. lepas berbuka je, sibuklah anak2 nak merasa kuih maknya.

Jom tengok resepinya...


Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan:

250 gm butter
100gm gula halus
350 gm tepung gandum
100 gmtepung jagung
100 gm tepung kastad
1 biji kuning telur
1 sdt esen vanila
sedikit pewarna kuning
coklat rice secukupnya utk hiasan
pappercup


Cara membuatnya:

1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila,
   kemudian pukul lagi hingga kembang dan 
   sebati.

3. Masukkan semua jenis tepung, gaulkan
   hingga ia menjadi doh. Pastikan ianya
   tidak melekat di tangan.

4. Ambil sedikit, sagat dengan menggunakan
   penyagat. Kemudian sudukan ke dalam 
   pappercup.

5. hiaskan dengan coklat rice.

6. Bakar menggunakan suhu 180C selama
   10h ingga 15 minit atau mengikut oven
   masing-masing.

7. Bila dah masak, biarkan sejuk dahulu 
   baru dimasukkan ke dalam bekas kedap
   udara.


Selamat mencuba.


Ahad, 2 Jun 2019

Biskut Kelapa


  Assalamualaikum...

Selamat malam semua... Hari ni sempat lagi buat biskut kelapa. barang kue dah ada, kita buatlah biskut, tak payah nak beli lagi. Kalau buat biskut sendiri gerenti puas hati.

Apa-apa pun jom tengok resepinya...



Resepi Biskut kelapa

Bahan-bahan:

250 gm mentega
120 gula halus
2 biji kuning telur
1 sdt esen vanilla
100 gm kelapa kering
140 gm tepung gandum
140 gm tepung jagung
30 gm serbuk badam
kuning telur dan bread crumbs atau kelapa kering utk hiasan
ceri



Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
   Masukkan kuning telur , esen vanilla dan
   putar lagi.

2. Masukkan badam kisar, tepung jagung,
   tepung gandum serta kelapa kering, kacau
   sehingga sebati dan jadikan doh.

3. Canai dan terap dengan acuan biskut yg 
   disukai.

4. Sapukan kuning telur, taburkan kelapa
   kering dan hias dengan ceri.

5. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.