Selasa, 28 Oktober 2014

Kuih Kaswi Tepung Pulut lagi


     Assalamualaikum wrh...wbr....

       Salam bahagia teman-teman semua, bertemu lagi di entri kali ini. Petang ini sempat lagi saya buatkan kuih kaswi tepung pulut. Suka sangat dengan kuihnya yang lembut dimakan bersama kelapa larut bersama dengan air teh O panas. Memang sedaplah dimakan di waktu petang dengan cuaca yang lembab selepas hujan turun.



        Saya masih lagi menggunakan resepi dari YATI MEMORIES yang memang terkenal dengan ratu kuih talam ni. Terima kasih di atas resepinya yang sedap ini.


       Resepinya memang dah pernah saya letakkan kat entri yang lepas. Kalau nak cuba bolehlah klik kat SINI.



Jumaat, 24 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 2014M/1436H


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

    
       Salam maal hijrah diucapkan kepada teman-teman semua, semoga tahun ini akan lebih baik dan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.

Marilah kita sama-sama membacakan doa akhir 
dan doa awal tahun.



Semoga kita semua akan berhijrah kepada 
   perkara yang lebih baik.



Khamis, 23 Oktober 2014

Segmen: Kapas Putih November Bloglist


     Assalamualaikum wrh... wbr...

http://kapas-putih.blogspot.com/2014/10/segmen-kapas-putih-november-bloglist.html

         Join segmen Kapas Putih November Bloglist yang   dianjurkan oleh Miss Nadia, jom ramai-ramai kita support beliau. Kalau teman-teman nak join bolehlah klik kat banner..... ya. Syaratnya kat bawah ni....

Syarat senang wajib ikut:



Follow blog kapas-putih.blogspot.com


Buat entry dan letak banner kat atas dan backlink segmen


Tinggalkan URL segmen kat kotak komen



Segmen ni berakhir pada 2.00 pm, 31 October 2014.



 

Kuih Sagu Merah


    Assalamualaikum wrh... wbr....

      Selamat pagi dan salam bahagia teman-teman semua. Semoga anda semua memperolehi kebahagiaan di hari Jumaat yang penuh barokah ini. Lama tak makan kuih sagu, jadi malam tadi sebelum tidur saya kukuskan kuih sagu ni, bangun pagi kuih ni dah sejuk cuma sediakan kelapanya sahaja. Dah siap untuk sarapan.



Kuih Sagu Merah

Bahan-bahan:
300gm sagu halus
400ml air
200gm gula putih
sehelai daun pandan
perasa sirap ros

kelapa parut (sedikit muda)
sedikit garam

 Cara memasaknya:
1. Sagu direndam terlebih dahulu supaya 
   kembang.Bila dah kembang toskan.
2. Masak gula bersama air dan masukkan 
   daun pandan.
3. Masukkan sagu dan kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan pewarna yang disukai.
5. Apabila sagu dah kering masukkan ke 
   dalam loyang.
6. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak 
   (tiada warna putih).
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Salutkan 
   dengan kelapa yang digaul dengan sedikit 
   garam.



Sambal Ayam


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

       Hari ni saya entrikan mengenai masakan sambal ayam. Anak-anak saya memang suka makan ayam. Kalau dah lama tak masak ayam, pasti ada yang tanya bila nak masak ayam. Biasanya kalau masak sambal ayam ni, pasti ada yang menambah nasinya. Dan ada pula makan  berulang-ulang kali.




Resepi Sambal Ayam

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
5 senduk cili kering kisar
2 batang serai (dititik)
sedikit kerisik
1 inci halia*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
garam dan gula
sedikit kunyit serbuk
1 sudu sos tiram
sedikit minyak masak untuk menumis 
        dan menggoreng ayam.

Cara memasaknya:
1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. 
   Gaul dengan sedikit garam dan kunyit.
   Kemudian goreng sebentar. Ketepikan.
2. Bahan yang bertanda * ditumbuk atau 
   dikisar.
3. Masukkan minyak dalam kuali, masukkan 
   serai, biar seketika,kemudian masukkan 
   bahan yang ditumbuk. Bila sodah garing 
   barulah masukkan cili kisar. Goreng 
   sehingga naik minyak.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi, jika 
   terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
5. Kemudian barulah masukkan kerisik, garam, 
   gula, sos tiram. Masak lagi sehingga 
   mendidih. Rasakan ia, jika dah ok bolehlah 
   diangkat.




Isnin, 20 Oktober 2014

Mini Giveaway By Shira Lokman


   Assalamualaikum wrh... wbr...

http://syiralokman.blogspot.com/2014/10/mini-giveaway-by-syira-lokman.html


           Kali ini saya sertai pula giveaway yang dianjurkan oleh Shira Lokman. Hadiahnya pun best sangat. Jomlah kita ramai-ramai support giveaway yang dianjurkan oleh teman kita ni. Semoga akan dapat merapatkan ikatan ukhwah diantara kita semua.

Tarikh tamatnya:
23 Oktober 2014 jam 6.00 petang.

Kepada teman-teman yang nak ikut join kenalah klik kat banner.

Ahad, 19 Oktober 2014

Kurma Daging Berkerisik


    Assalamualaikum wrh... wbr.....

       Salam penuh keceriaan di hari minggu ni, semoga teman-teman beroleh kebahagiaan selalu disamping keluarga tercinta. Jalan-jalan kat dapur kak Gee @Dapur Gee- Hut, terjumpalah masakan kurma daging berkerisik, teringin nak cuba resepi ni memandangkan daging korban masih lagi berbaki dalam peti sejuk. Biasanya saya masak
kurma biasa je, tapi kali ni ditambah kerisik pula.
     Memang sesuailah dengan selera saya dan keluarga, habis jugalah 2 pinggan nasi.



Resepi Kurma Daging Berkerisik

Bahan-bahan:
1 kilo daging (dihiris)
2 mangkuk santan
2 bungkus rempah kurma
2 biji bawang besar (dibelah 4)
2 sudu kerisik 
1keping asam gelugur
3 biji kentang
2 biji cili hijau (dibelah)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit
      kayu manis, bunga cengkih dan buah
      pelaga) 
sedikit minyak untuk menumis
garam secukupnya

Bahan kisar:
1 inci halia 
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih



Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumis masukkan rempah
   4 sekawan, masukkan bahan yang dikisar 
   wangi.
2. Masukkan rempah kurma yang dibancuh
   dengan air. Biarkan sehingga ia wangi 
   dan garing.
3. Masukkan daging, kacau sebentar. 
   Tambahkan air jika terlalu kering, biarkan
   sehingga daging empuk.
4. Masukkan santan, kentang, kerisik, asam
   gelugur. Biarkan sehingga kentang empuk, 
   barulah masukkan garam dan perasa. 
   Masukkan juga bawang besar serta cili 
   hijau.
5. Perasakan garam, bila dah cukup rasa, 
   barulah diangkat.


Isnin, 13 Oktober 2014

Sungai Bill, Tanjung Malim, Perak.


    Assalamualikum wrh.... wbr.....

    Hari minggu kelmarin, kami sekeluarga sempat jalan-jalan ke Tanjung Malim, Perak. Anak-anak dah sibuk nak mandi sungai sebab dah lama tak mandi sungai kata mereka. jadi bawa lah mereka mandi kat Sungai Bill. Ini kali kedua kami sampai kat sungai tersebut. Nampaklah sedikit perubahan. Kalau dulu, kemudahan seperti toilet dan tempat persalinan terbiar dan tak dijaga. Tapi sekarang dah dibuat semula toilet dan tempat untuk persalinan. Nampak bersihlah sikit.


   
Papan tanda masuk ke Sungai Bill. Photo ini saya ambil dari google.





 Toilet dan tempat untuk menyalin pakaian. Ada juga disediakan pondok-pondok kecil untuk berehat.


  
Sungainya mempunyai banyak batu-batu yang
besar dan agak licin. So, kena hati-hati lah 
ketika mandi.



Cantik permandangannya diambil dari atas 
jambatan.



       Ada pula orang yang rajin meletakkan batu tu supaya berdiri. Tempatnya memang cantik dan airnya pun jernih. Sesuailah bawa anak-anak dan keluarga berkelah sambil 
mandi-manda di sini.




Ahad, 12 Oktober 2014

Giveaway Birthday We Alls


      Assalamualaikum wrh... wbr...

http://acikwatie.blogspot.com/2014/10/giveaway-birthday-you-alls.html

        Jalan-jalan ke blog teman-teman terjumpalah giveaway yang dianjurkan oleh Acikwatie yang murah hati ni. So, teruslah saya join. Jika kawan-kawan nak join boleh lah klik kat banner.Syarat-syaratnyanya pun mudah je.

Tarikh tutupnya

1 Oktober 2015 hingga 30 September 2015

Tarikh lahir saya 17 January 19..




Khamis, 2 Oktober 2014

Potato Fritters @ Cucur Kentang


      Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Salam bahagia teman-teman semua, semoga  semuanya berada dalam lindungan Allah selalu. Dua tiga hari lagi seluruh umat Islam akan merayakan hari Raya Aidil Adha. Mungkin ada di antara kita yang akan pulang ke kampung halaman beraya bersama keluarga. Apa-apa pun saya doakan semoga perjalanan anda semua selamat menuju ke destinasi masing-masing.


     Melihatkan di blog teman-teman, ramai yang sudah mencuba resepi potato fritters ni, jadi saya pun tak ketinggalan mencuba juga membuat potato fritters atau lebih dikenali dengan cucur kentang ni. Boleh tahan juga rasanya. Tapi kenalah makan bersama sos cili barulah sedap. Resepi ini saya ambil dari NELY'S KITCHEN. Terima kasih kerana sudi kongsikan resepinya.



Resepi Potato Fritters

Bahan-bahan:

3 biji kentang (dikupas dan diparut)

5 sdb tepung jagung
4 sdb tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang besar (dipotong)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit daun bawang (dihiris halus)
sedikit lada sulah 
garam
minyak masak untuk menggoreng


 Cara memasak:
1. Satukan kentang yang sudah diparut dengan 
   tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, 
   telur, bawang besar, serbuk lada sulah 
   serta garam.Gaulkan sebati.
2. Panaskan minyak, pastikan minyak
   betul-betul panas supaya kentang tidak
   menyerap minyak.
3. Sudukan dalam kuali dan leperkan.biarkan
   garing baru terbalikkan sebelah lagi.
4. Goreng hingga keperangan. Angkat dan
   letakkan atas tisu dapur supaya serap
   minyaknya.
5. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dengan 
   sos cili.