Ahad, 27 Ogos 2023

Tanaman Bunga Di laman

 Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua. Selamat bercuti bagi sahabat yang punya anak-anak yang masih bersekolah. Jadi time cuti sekolah ni tak lah kelam kabut sangat. Jadi boleh santai-santai di rumah.

Saja je nak share tanaman bunga yang saya tanam kat laman.

Pokok aglonema.


Pokok bunga bawang belanda.


Pokok bunga kertas pink tua.


Pokok bunga orkid.


Pokok sansivera atau lidah jin warna hijau dan kuning.


Pokok bunga setawar, kalau indonesia dipanggil cocor bebek.


Pokok bunga purple.


Pokok bunga keladi.


Pokok njoy photos

Lupa dah namanya pokok ni.

Ini pula pokok money plan njoy yang saya baru tanam.



Ni pula pokok bunga jasmin.


Pokok bunga kertas pink muda.


Pokok aloevera.


Pokok aglonema lipstik.


Pokok bunga kertas lagi, warnanya pink muda. Pokok bunga jenis ini selalu berbunga.

Nilah sebahagian pokok-pokok bunga saya, tak banyak pun koleksinya, tapi bolehlah buat indahkan laman. Tanam sekadar hobi-hobi saja.


Khamis, 24 Ogos 2023

Sambal Nyok Dimakan Bersama Ulam Pegaga

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga semuanya sihat selalu.

Akhir-akhir ini rajin pula saya menanam pokok-pokok ulam-ulaman. Bagus sebenarnya kalau kita suka makan ulam-ulaman ni, apalagi yang organik tanpa menggunakan baja kimia. Memang sangat bagus untuk kesihatan, awet muda gitu.


Ni lah pokok pegaga kampung yang saya tanam.

Daun ulam pegaga ni, selalunya orang makan dengan sambal belacan. Kalau rajin lagi boleh buat kerabu, memang sedap. Kali ni saya buat sambal nyok pula untuk dimakan bersama ulam pegaga.

Apa-apa pun jom tengok resepinya.


Bahan-bahan:

1 cawan kelapa parut
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput udang kering (disangai)
1/2 inci kunyit
3 biji cili api
2 biji cili kering
gula dan garam serta sedikit perasa jika suka.


Cara membuatnya:

1.Tumbuk bawang, kunyit dan cili api 
  serta cili kering..

2.Bila dah sedikit halus, masukkan 
  udang kering. tumbuk lagi. Masukkan 
  garam, gula serta serbuk perasa 
  jika suka.

3.Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi 
  sehingga bahan-bahan bercampur rata.

4.Dah siap boleh disangai sebentar 
  jika suka. Juga boleh dimakan terus 
  bersama ulaman.


Sedap dimakan bersama nasi panas.



Rabu, 16 Ogos 2023

Jalan-jalan ke Pekan Bagan Datuk, Perak.

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi di blog saya kali ini. Moga kawan-kawan semua ceria dan bahagia selalu. 

Kali ini kita berkesempatan jalan-jalan di Pekan Bagan Datuk, Perak. Sebenarnya saja je lalu jambatan baru dari Seberang Perak ke Bagan datuk. Dah alang-alang sampai, jengahlah di pekannya yang terletak di tepi laut.Jom layan gambar kenangan ketika di sana.


Cantik pulak lihat pintu gerbang.

Masjidnya juga sungguh indah, terletak si tepi laut.




Replika kapal juga ada, di sekelilingnya terdapat motor mainan untuk pengunjung.


Nak juga si kecik ni suruh snap gambarnya.




Bangunan kedai-kedainya juga dicat dengan warna-warna yang ceria, mengindahkan lagi pekan ini.




Sempat juga ambik gambar kenangan tapi terpejam mata lah pulak. Sekali sekala dapat jalan-jalan best pulak, dapat release stress.



Isnin, 14 Ogos 2023

Update Tanaman Terbaru

 Assalamualaikum...

Update lagi hari ni, kali ni update mengenai tanaman pula.Sekarang ni saya tengah merjinkan diri menanam pokok ulam serta sayur ditepi rumah. Sebenarnya tak ada laman, tapi saya cuba menanam pokok-pokok ulaman dan sayuran di dalam bekas atau polybag. Memang saya sangat suka menanam. Jadi, kita manfaatkan dikawasan sekitar dengan tanaman bunga dan sayuran.

Ini pokok daun pudina atau daun mint. Saya tanam hanya guna keratan batang je.


Ini pula pokok pineaple mint. Mulanya saya tanam menggunakan keratan batang. tak sangka pula tumbuh. Cantik warnanya, ada corak varigata gitu.


Pokok Thai Basil.


Ini pula pokok ulam daun selom. Nak makan ulam tinggal petik je.

Ini pula pokok betik. Beli buah betik yang masak, kemudian bijinya saya cuba semai. alhamdulillah tumbuh.


Pokok bayam malabar. Mulanya semai guna buji benih, kemudian saya cuba guna keratan batang pula, alhamdulillah tumbuh juga.


Pokok kacang bendi.


Pokok bayam brazil. Mudah sangat tumbuh hanya guna keratan batang je.


Pokok bunga telang.


Ini pula pokok ulam raja. Buat kerabu atau ulam, memang sedap.


Pokok ginseng jawa. Buat ulam atau sayur tumis pun juga sedap.


Pokok kacang tanah.


Pokok beluntas. Pucuk mudanya sedap kalau dibuat ulam.



Pokok ulam daun kemangi.


Juga pokok tomato.


Pokok kangkung juga ada ditanam.


Kebanyakkan pokok-pokok saya tanam dalam polybag saja.

Semoga terinspirasi teman-teman semua supaya belajar menanam dilaman rumah sendiri.

Selamat berkebun...


Ahad, 13 Ogos 2023

Tahniah Buat Pencapaian Anak-Anak

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga teman-trman sihat selalu. Bagi yang sedang sedang sakit jangan lupa makan ubat, semoga Allah swt mengangkat segala penyakitnya.

Saja je nak share pencapaian anak-anak dalam majlis ihtifal sekolah baru-baru ni, sebagai kenangan.

Anak saya yang nombor empat ni, tak sangka pula punya bakat terpendam rupanya. Bila dilihat orangnya pendiam je, tak banyak cakap. Katanya saja je masuk pertandingan syarahan Bahasa Melayu di sekolah, cuba-cuba je. Kemudian terpilih pula jadi wakil sekolah.

Terus bertanding antara sekolah-sekolah di daerah Gurun, Kedah. Tak sangka pula dapat Johan. Terus jadi wakil negeri. Bertanding lagi, Alhamdulillah dapat naib johan. 



Tapi apa-apa pun tetaplah bersyukur dengan pencapaian anak-anak setakat ini. Insyaallah tahun depan akan cuba lagi katanya dan akan buat yang terbaik, Semoga dapat pergi lebih jauh lagi.


Ini kakaknya (yang bertudung hijau) pun ikut ambil bahagian dalam syarahan juga, tapi tak terpilih. Alhamdulillah dapat naib johan dalam hafazan.


Juga alhamdulillah tahniah juga buat Siti Norhaida atas pencapaiannya mendapat mumtaz dalam Sijil Menengah Agama (SMA) tahun lepas.
Syukur alhamdulillah.

Kita sebagai ibu bapa tetap mendoakan yang terbaik buat anak, yang penting biarlah berjaya dunia dan akhirat.