Sabtu, 28 Oktober 2017

Biskut Tat Nyonya yang sedap


        Assalamualaikum...

      Hari ni terasa rajin pula membuat biskut tat nyonya. Teringin nak makan sebenarnya. Mumpung jem nenas sewaktu raya yg lepas masih berbaki, daripada rosak begitu je... sayang kan jadinya, lebih baik dihabiskan. 

     Biskut2 ni sebenarnya memang feberat, tak payah nak tunggu raya baru nak buat. Tak raya pun kita boleh makan dgn teh o panas atau kopi o panas... memang sedap.


    Dah banyak kali buat biskut tat nenas nyonya ni, tapi saya paling suka gunakan resepi dari Evelyn Gemina ni. Sedap rasanya, kuihnya taklah begitu manis... tapi cair dimulut. 


Resepi Biskut Tat nenas Nyonya

Bahan-bahan:

A
200 gm mentega berkualiti
50 gm gula aising
1 sdk esen vanila 

B
2 biji kuning telur

300gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
10 gm tepung kastad

D
inti nenas secukupnya (dibulat-bulatkan)

Cara membuatnya: 

1. Ayak adunan C, ketepikan.
2. Dalam mangkuk pengdun, pukul bahan A hingga
   lembut dan berkrim. Masukkan bahan B dan
   pukul sebati.
3. Masukkan adunan yang dipukul ke dalam
   adunan tepung. Gaul guna tangan hingga
   menjadi doh.
4. Canai doh hingga mencapai ketebalan yang
   seuai dan sama rata. Terapkan menggunakan 
   acuan tat bunga/nyonya. Susun atas dulang
   pembakar.
5. Satukan bahan D dan kacau rata. Sapukan 
   sedikit atas doh. Letakkan inti atasnya.
   Buat hingga habis.
6. Panaskan oven pada suhu 170C. Bakar selama
   35 minit Tau hingga tat masak. Warnanya 
   bertukar keperangan sedikit. Sejukkan 
   sepenuhnya. Bila sudah sejuk simpan di 
   dalam bekas kedap udara.


Selasa, 24 Oktober 2017

Kuih kaswi kacang hijau


                  Assalamualaikum...

     Bersua lagi di entri kali ini. Lama dah tak buat kuih kaswi kacang hijau ni, sekali sekala nak jugak makan kuih kaswi ni, bau aroma kacang hijaunya tu yg membuatkan bertambah selera makan kuih ni. Nak-nak lagi dimakan bersama2 teh o panas atau kopi o panas, perggh memang sedap...

     Kali ni saya buatkan setengah adunan je... jom tengok resepinya.


Resepi Kuih Kaswi Kacang Hijau

Bahan A:
100 gm tepung kacang hijau
200 gm gula halus
75 gm tepung ubi
25 gm tepung beras
250 ml santan
200 ml air
1/4 sdk kapur makan
1/2 sdk garam

Bahan B:
1/2 sdk pewarna hijau
1/4 sdk pewarna kuning

Bahan C:
kelapa parut
sedikit garam

Cara menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
   Warnakan dengan pewarna hijau dan kuning, 
   kacau rata, kemudian tapiskan.

2. Masukkan adunan diatas api dan kacau
   sentiasa hingga likat dan tidak berketul.

3. Seterusnya curahkan adunan ke dalam loyang
   dan kukus selama 35 minit. Sejukkan pada
   suhu bilik, kemudian potong dan gaulkan 
   dengan sedikit kelapa yg digaul dengan
   sedikit garam.




Khamis, 19 Oktober 2017

Jalan-jalan ke Bukit Bendera


                  Assalamualaikum... selamat malam semua sahabat. Semoga anda semua sihat dan ceria selalu.

     Cuti Depavali kawan2 tak kemana2 ke...
Mungkin ada yg pulang ke kampung atau ada yang pergi bercuti. Alhamdulillah... saya juga pulang ke kampung sebentar. On the way balik sempat lagi singgah ke Penang. Dah lama tak jalan2 ke Penang. 


      Anak-anak pula sibuk nak naik feri, so bawalah mereka naik feri. Dah sampai kat seberang cari makan dulu, Best juga cuti kali ni jalan2 ke Penang tak lah banyak kereta, jalan pun tak sesak. Tiba2 pula encik suami ajak ke Bukit Bendera. Apa lagi... suka lah semuanya dapat jalan-jalan.

      Rupanya time cuti2 ni memang ramai sangat orang, beratur panjang jugaklah nak ambil tiket dan nak naik train.


     Bila dah sampai kat atas bukit bendera, best rupanya, dapat lihat pemandangan yang cantik dengan pembangunan serta pemandangan lautnya seluas mata memandang. Udaranya pun dingin dan segar seperti kat gunung Jerai.



   Suka tengok lanskapnya yang cantik.



       Sempat juga berphoto kat depan restoran. Rasa macam kat Cameron Highland lah pulak.



      Cantik pemandangannya dilihat dari atas Bukit Bendera.


Selasa, 3 Oktober 2017

Menghadiri Kelas Talam Part 2


              Assalamualaikum...

    Alhamdulillah... bersua lagi di entri kali ini, semoga anda semua sihat2 sahaja hendaknya.

    Hari minggu kelmarin sekali lagi saya dapat join kelas talam, kali ini part 2 pula. Seronok rasanya dapat join kelas ni, dapat timba ilmu dan tip-tips yang berguna untuk hasilkan kuih yang sedap dan terbaik kejadiannya. 



    Bergambar bersama cikgu dan kawan-kawan bersama hasil kuih yang dipelajari. Ada kawan-kawan yg datang dari jauh semata-mata nak dapatkan ilmu.


Seronoknya bila tengok kuih yang menjadi dengan cantik dan kemas. Lepas ni boleh cuba buat sendiri, menjadi ke tidak. 


           Ini part membungkus kuih. Masing-masing sibuk membungkus kuih. Kuih-kuih tersebut boleh dibawa balik untuk dirasa.


Kuih serimuka durian.
  

Kuih talam pisang.


Kuih talam tokyo.


Kuih talam pandan.


Koleh kacang.

   Terima kasih Cikgu Wati atas ilmunya, semoga bermanfaat untuk kami.