Memaparkan catatan dengan label crochet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label crochet. Papar semua catatan
Khamis, 2 Mei 2013
Crochet Cover Kotak Tisu Ungu
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia kepada teman-teman semua di hari Jumaat ini, semoga semuanya happy-happy selalu. Dua hari lagi kita rakyat akan mengundi. Sebagai rakyat Malaysia yang dah cukup umur adalah menjadi tanggungjawab kita untuk keluar mengundi bagi memilih pemimpin untuk meneruskan kepimpinan terhadap negara kita. Begitu juga saya, insyaallah akan pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada kali ini.
Entri kali ini masih lagi mengenai crochet iaitu crochet cover kotak tisu purple.
Masih lagi menggunakan warna purple tua dan purple muda serta masih menggunakan bentuk bunga yang sama dengan crochet sarung bantal kusyen.
Ahad, 28 April 2013
Crochet Sarung Bantal Kusyen Kuning dan Oren
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia di hari minggu ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu di samping keluarga tercinta. Entri kali ini pula mengenai crochet sarung bantal kusyen. Kali ini gabungan warna kuning dan oren pula. Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama dengan crochet yang sebelum ini.
Ini bahagian hadapannya masih belum
siap sepenuhnya. Belum dikait bahagian
belakangnya.
Ini pula sarung bantal yang sudah
siap dikait.
Ini bahagian belakangnya.
Warnanya yang terang kelihatan lebih ceria. Kombinasi antara warna kuning, oren hijau dan putih. Selain cantik diletakkan diatas kerusi atau kusyen, ia juga boleh diletakkan di dalam kereta.
Selasa, 16 April 2013
Crochet Cover Purple Bantal Kusyen
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam sejahtera semua, semoga semuanya sihat-sihat sahaja hendaknya. Entri kali ini mengenai crochet purple bantal kusyen yang terbengkalai tempohari. Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan crochet tersebut. Lihatlah hasilnya....
Kombinasi warna yang menarik iaitu warna purple muda, purple tua, hijau, kuning dan putih.
Khamis, 21 Mac 2013
Crochet Sarung Bantal Kusyen Purple
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia kepada semua. Bersiaran lagi di malam Jumaat yang penuh berkat ini. Entri kali ini mengenai crochet sarung bantal kusyen yang berwarna ungu muda dan ungu tua. Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama iaitu bunga daisy. Sebenarnya sarung bantal kusyen ini belum siap sepenuhnya. Hanya bahagian depannya saja yang baru siap, bahagian belakangnya masih belum siap. Apa-apa pun lihat je lah....
Sebenarnya crochet bantal kusyen ini cantik juga jika diletakkan di dalam kereta. Di jadikan set untuk kereta iaitu 2 bantal kusyen dan 1 crochet cover kotak tisu dengan motif bunga serta warna yang sama. Pasti menarik.... kan.
Ahad, 3 Mac 2013
Tempahan Crochet Cover Cushion
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam kemesraan di hari minggu..... semoga ceria-ceria selalu hendaknya. Entri hari ini, mengenai tempahan crochet cover bantal kusyen oleh seorang kawan. Sebenarnya dia terlihat contoh cover bantal kusyen yang saya buat tempoh hari. Maka dia berkenan lah pula dengan hasil crochet saya. So, dia tempah lah tiga biji sarung bantal kusyen.
Saya baru sahaja menyiapkan tempahan tersebut. Semoga dia berpuas hati dengan hasil kerja kerastangan yang saya hasilkan.
Isnin, 14 Januari 2013
Crochet Flower Pot Cover
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam penuh keceriaan kepada anda semua. Semoga beroleh kebahagiaan dan kesihatan yang baik di kala ini. Entri kali ini mengenai crochet lagi, iaitu crochet cover bekas bunga. Kalau bekas bunga yang diletakkan di dalam rumah tu kurang menarik, apa salahnya kita letakkan covernya. Barulah nampak ceria sedikit, kerana warna benangnya yang sangat terang serta gabungan warnanya yang sepadan.
Inilah bekas bunga sebelum diletakkan covernya. Nampaknya kurang menarik.
Inilah rupanya bila dah letak cover
bekas bunganya.
Ini bahagian hadapannya. Baru lah nampak menarik sikit. Bolehlah diletakkan di mana-mana bahagian atau sudut di ruang tamu.
Masih menggunakan motif bunga yang sama juga dengan yang sebelum ini. Crochet ni mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari juga untuk disiapkan, bergantung kepada masa dan kerajinannya.
Sabtu, 12 Januari 2013
Crochet Cushion Cover
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam ceria untuk semua. Entri kali ini mengenai crochet bantal kusyen yang saya hasilkan. Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama berwarna pink dan merah. Lihat lah hasilnya....
Kusyen cover bahagian hadapan.
Ini pula bahagian belakangnya.
Kusyen cover ini mengambil masa lebih
kurang tiga atau empat hari jugalah untuk disiapkan.
Jumaat, 21 Disember 2012
Crochet Pot Holder
Assalamualaikum wrh wbr......
Salam sejahtera kepada teman-teman sekalian. Entri kali ini, saya nak share lah pula mengenai crochet pot holder. Crochet ni paling mudah kerana ianya sangat kecil dan cepat untuk disiapkan. Sekejap je dah siap.
Crochet ni masih lagi menggunakan bunga yang sama dengan alas meja dan cover kotak tisu. Konon-konon nya nak buat satu set lah.
Khamis, 6 Disember 2012
Crochet Cover Kotak Tisu Pink Dan Merah
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam ukhwah untuk semua teman-teman di petang ini. Moga berbahagia selalu hendaknya. Entri kali ini masih lagi megenai crochet. Kali ini saya berjaya menyiapkan cover kotak tisu. Masih lagi dengan motif bunga crochet yang sama seperti crochet alas meja. Inilah hasilnya....
Alas kotak tisu ini saya gabungkan warna
pink dan merah.
Selasa, 4 Disember 2012
Crochet Alas Meja Kopi
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam penuh keceriaan kepada anda semua di dunia maya ini. Semoga anda semua ceria-ceria selalu hendaknya. Entri kali ini bukanlah mengenai masakan, tetapi mengenai crochet atau kait jarum satu yang telah saya hasilkan. Kalau mengait menggunakan dua jarum dipanggil knitting. Entahlah... sekarang ni tengah rajin pula mengchochet. Kalau mood tengah tak baik jangan harap lah. Walau apa pun jua mai lah tengok hasil crochet saya, okey ke.... tidak.
Sorry gambar ni agak blurr sikit. Daripada dua kuntum bunga crochet di atas dicantum-cantum, jadilah seperti yang di bawah ini.
Alas meja ini mengambil masa empat hari juga lah untuk disiapkan. Warnanya pula saya gunakan warna kuning, merah, pink, hijau dan putih. Saya gunakan benang bulu biri-biri yang bersaiz besar.
Rabu, 26 September 2012
Crochet Alas Meja Bulat
Assalamualaikum wrh wbr....
Dah lama juga saya tak entri tentang hasil kerja tangan saya. Saya ni sebenarnya memang suka mengait, tapi di sebabkan terlalu banyak sangat mengait, maka terasalah kebas tangan. Itu lah sebabnya projek mengait alas meja terbengkalai. Mengait alas meja ni memang mengambil masa yang agak lama kerana alasnya terlalu besar serta kena teliti kalau tersalah kenalah buka balik. Di tambah pula dengan mood yang tak menentu. Terkadang rajin di sambung lagi... kalau penyakit malas melanda alamat terbengkalai lah projek mengait. Walau apa pun jua, lihat lah.....
Alas meja ini saya gunakan benang berwarna hijau, dan ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Jenuh juga hendak menyiapkannya.
Khamis, 15 Disember 2011
Crochet doily
Assalamualaikum wrh.... wbr.....
Salam sejahtera semua.... Didoakan semoga semuanya berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Entri kali saya ingin memperlihatkan tentang crochet doily yg saya hasilkan. Crochet doily sebesar ini tak de lah lama sangat nak disiapkan , tapi memakan masa dua tiga hari juga lah.
Crochet doily pink colour.....
Crochet doily green colour.
Crochet doily ini menggunakan benang yang kecil. Memang rumit jugalah nak siapkan oleh kerana menggunakan benang dan jarum yang kecil.Perlu punyai banyak
kesabaran dan ketekunan.
Langgan:
Catatan (Atom)