Khamis, 16 Jun 2016

Biskut Samprit Dahlia


          Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia semua... dah mula buat kuih raya ke belum? Mungkin ada di kalangan para suri-suri rumahtangga dah pun mula membuat kuih raya.

     Biskut samprit ni memang kuih kegemaran saya. Setiap kali raya mesti saya akan buat biskut ni. Walaupun rupanya kurang begitu cantik tapi yang penting rasanya tetap sedap. Saya masih lagi gunakan resepi dari Che Mat Gebu. 


Resepi Biskut Samprit Dahlia

Bahan-bahan:
300 gm mentega
160 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 sdt esen vanila
240 tepung gandum *
100 gm tepung jagung *
160 tepung kastad * ( bahan bertanda* diayak)
ceri merah dipotong kecil untuk hiasan


Cara membuatnya:

1. Putar mentega dan gula aising hingga 
   bersatu (jangan sampai kembang), masukkan 
   kuning telur serta esen vanila dan putar 
   hingga sebati.
2. Perlahankan speed. masukkan tepung sedikit
   demi sedikit hingga habis. Adunan akan 
   menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang 
   dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan
   atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan 
   hias dengan potongan kecil ceri. Bakar
   dalam oven yang dipanaskan pada suhu 170C
   selama 25 minit, bergantung pada ketebalan 
   biskut. Bakar hingga kuning keemasan.
4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang
   pembakar sebelum dialihkan ke atas 
   jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam
   bekas kedap udara. 
 


Biskut samprit yang belum dibakar.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan