Sabtu, 29 September 2012

Kuih Lapis Seri Wangi

      
              Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam bahagia kepada teman-teman blogger sekalian semoga anda semua bertambah keceriaan di hari ini. Malam tadi saya telah mencuba membuat kuih lapis seri wangi yang telah dihasilkan oleh YATI MEMORIES. Ternyata sedap kuihnya. Rasanya pun lemak. Tapi kuih lapis saya ni, tak tinggi sangat sbb loyangnya hanya 9 inci. Walau apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada Yati kerana sudi sharekan resepi kuih ni dan bermacam-macan kuih talam lagi. Insyaallah di lain masa saya akan cuba buatkan kuih yang lain pula. Oleh itu izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk panduan dan rujukan saya nanti....






Resepi Kuih Lapis Seri Wangi

Bahan-bahan:   (loyang 8x8 in)


Bahan A:

2 cawan tepung  beras
1 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
1 sdk garam
2 cawan santan pekat.

Bahan B:

1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun panda

Bahan C:

3 sdb serbuk koko
4 sdb air suam untuk bancuh serbuk koko
pewarna hijau pandan

Cara membuatnya:

1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan 
   suam sedikit.
2. Sementara itu satukan ke semua bahan A
   di dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan
   dulu.
3. Masukkan bahan B ke dalam A dan gaul, 
   kemudian tapiskan.
4. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu 
   bahagian letakkan pewarna hijau/pandan 
   dan satu lagi letakkan bancuhan koko.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya 
   dengan kain.
6. Sementara itu sapukan minyak di sekeliling 
   loyang dan alaskan dengan plastik di 
   dasarnya.
7. apabila air dah mendidih, letak loyang
   tadi dan panaskan sebentar.
8. Masukkan adunan koko 1 cawan dan kukus 
   selama 5 minit.
9. Setelah itu, lapis pula adunan hijau 
   selama 5 minit juga dan lapiskan seterusnya
   sehingga habis adunan.
10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20
    minit. 
    Bila siap, angkat dan sejukkan.
11. Kuih benar-benar sejuk barulah cantik 
    dipotong. Gunakan  pisau plastik supaya 
    licin potongannya.



Khamis, 27 September 2012

Khasiat Tomato

       
        Assalamualaikum wrh wbr....

     Entri kali ini, saya nak sharekan dengan teman-teman mengenai khasiat buah tomato. Ini sebagai pengetahuan kepada diri saya dan juga kepada sesiapa sahaja. Nama saintifik tomato ialah Lycopercian esculentum. sejenis buah yang berwarna merah, boleh di makan begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, dijadikan sos, miuman atau kegunaan luaran.

     Tomato sangat kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan dan penjagaan tubuh badan kita. Selain itu ia mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potassium, kalsium dan mineral garam. Selain
mempunyai anti oksidan, buahnya mengandungi likopena iaitu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga kanser yang sangat merbahaya.



          Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikkan kulit kerana ianya mengandungi elemen penyejuk yang dapat:

1. Menyejukkan kulit yang kasar dan rosak.

2. Menghapuskan minyak yang berlebihan.

3. Mencerahkan kulit yang kusam.

4. Mengembalikan keremajaan kulit.

5. Mengecilkan liang roma.

6. Mencerahkan kulit muka.

7. Mengurangkan masalah jerawat

8. Merawat penyakit kulit.

Selain itu , buah tomato juga mengandungi anti oksida yang mempunyai kelebihan dapat:


1. Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu
   badan.

2. Melancarkan peredaran darah.

3. Menghalang pembengkakkan dan keradangan.

4. Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti
   virus, anti kanser dan perlindungan kepada 
   alahan.

5. Membantu meningkatkan kekuatan dan 
   keanjalan salur darah.

       Begitulah kebaikan dan khasiat tomato kepada tubuh badan kita. Marilah kita sama-sama mengambil ianya sebagai menu makanan harian kita memandangkan ianya sangat berkhasiat dan sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.


sumber- internet



Rabu, 26 September 2012

Sayur Lemak Buncis dgn Udang

         
        Assalamualaikum wrh wbr....

    Salam ceria untuk kawan-kawan semua. Hari ini saya masak masakan yang ringkas sahaja untuk makan tengah hari iaitu sayur lemak kacang buncis dengan udang. Tapi saya letakkan sedikit sahaja santan kerana almaklum sahaja dah berumur ni, macam-macam penyakit yang timbul, kalau boleh kita cubalah elakkan. So, taklah terasa lemak sangat sayur ni. mari kita tengok resepinya....




Resepi Sayur Lemak Kacang Buncis

Bahan-bahan:
2 cekak kacang buncis dipotong
5 ekor udang besar
sekeping sayur fucuk (direndam)
sedikit suhun (direndam)
3 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih 
2 biji cili merah/ 4 biji cili api 
2 cawan santan
garam dan gula secukup rasa

cara memasaknya:
1. Bawang merah, bawang putih serta cili di
   tumbuk halus.
2. Masukkan semua bahan-bahan di dalam 
   periuk, kecuali garam dan gula. Letakkan 
   di atas api yang sederhana. Biarkan
   sehingga mendidih. Sentiasa dikacau supaya
   tidak pecah minyak.
3. Kemudian barulah masukkan garam dan 
   gula. Rasakan ia, Kalau dah masak dan 
   cukup rasa barulah diangkat untuk di
   hidangkan.



   

Crochet Alas Meja Bulat

     
       Assalamualaikum wrh wbr....

      Dah lama juga saya tak entri tentang hasil kerja tangan saya. Saya ni sebenarnya memang suka mengait, tapi di sebabkan terlalu banyak sangat mengait, maka terasalah kebas tangan. Itu lah sebabnya projek mengait alas meja terbengkalai. Mengait alas meja ni memang mengambil masa yang agak lama kerana alasnya terlalu besar serta kena teliti kalau tersalah kenalah buka balik. Di tambah pula dengan mood yang tak menentu. Terkadang rajin di sambung lagi... kalau penyakit malas melanda alamat terbengkalai lah projek mengait. Walau apa pun jua, lihat lah.....





         

       Alas  meja ini saya gunakan benang berwarna hijau, dan ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Jenuh juga hendak menyiapkannya.


Selasa, 25 September 2012

Ulang Tahun Kelahiran My Husband

         
             Assalamualaikum wrh wbr.....

        Hari ini 25 September 2012 adalah hari ulang tahun my husband Muhammad Rahimi Bin Mohd Ramli yang ke 48 th. Saya doakan semoga beliau sentiasa sihat walafiat serta dipanjangkan umur, murah rezeki serta di berkati Allah selalu. Juga semoga Allah merahmati  serta panjankan jodoh diantara kita sehingga ke akhir hayat. Walau apa pun jua kad birthday untuknya....




            Semoga segala pahit getir yang kita lalui akan dipermudahkan  oleh Allah swt. Jazakallah hu khairan kathiiiir.




Pulut Kuning Kari Ayam

           
             Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam ukhwah kepada kawan-kawan semua. Semoga berada dalam lindungan Allah selalu hendaknya. Alhamdulillah hari ini, saya masak pulut kuning sempena ulang tahun kelahiran my husband pada hari ini. Sebenarnya firstime saya masak pulut kuning ni. Biasanya masak pulut biasa sahaja. Sebagai kawannya pulut saya masak kari ayam. Alhamdulillah sedap.... Pulut kuningnya saya cuba dari resepi Haniliza. Terima kasih atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan saya di masa akan datang. Mari kita tengok resepinya...








Resepi Pulut Kuning

Bahan-bahan:

1 kilo pulut kuning
3 keping asam keping
3 sdb serbuk kunyit
air secukupnya untuk merendam pulut
3 cawan santan
garam

Cara memasaknya:

1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping
   serta larutan kunyit selama 5  jam untuk 
   mendapatkan warna kuning.
2. Cucikan pulut serta toskan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut ke dalam pengukus yang 
   dialas dengan daun pisang sehingga naik 
   wap di sekelilingnya.
5. Angkat dan keluarkan pulut serta masukkan 
   ke dalam bekas yang agak besar.
6. Tuangkan santan yang telah dicampur 
   dengan garam sedikit demi sedikit.
7. Masukkan kembali ke dalam pengukus dan 
   kukuslah kembali sehingga keluar wap di
   tepi pengukus.
8. Bila dah naik wap keluarkan serta msukkan 
   pulut ke dalam loyang atau acuan yang 
   disukai.
9. Hidangkan pulut dengan rendang atau kari 
   ayam.

Resepi Kari Ayam


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong kecil dan dibersihkan)
5 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong)
4 sudu besar serbuk kari daging
3 1/2 cawan santan
6 biji bawang merah (dihiris)
5ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 pelepah daun kari
2 sudu besar kerisik
1 batang kulit ksyu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
garam secukupnya
sedikit minysk masak untuk menumis

Cara memasaknya:

1. Panaskan periuk, masukkan minyak masak 
   dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, 
   bunga cengkih, buah pelaga serta daun
   kari. Kemudian masukkan bawang merah,  
   bawang putih serta halia. Biarkan sehingga
   agak garing.
2. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air 
   serta dicampur dengan kerisik. Apabila
   bawang 
   sudah garing masukkan rempah kari. Masak 
   sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan kentang. Kacaukan ia 
   supaya bercampur dengan rempah. Biarkan
   sehingga mendidih.
4. Masukkan santan. Tunggu sehingga mendidih. 
   Masukkan garam. Rasakan garamnya. Kalau 
   sudah cukup rasa barulah diangkat dan 
   dihidangkan.

    

Ahad, 23 September 2012

Kangkung Goreng Belacan

         
           Assalamualaikum wrh wbr....

      Untuk tengah hari ini saya masak masakkan yang ringkas sahaja untuk makan tengahari iaitu kangkung goreng belacan. lihatlah resepinya dulu....




Resepi Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan:
2 ikat kangkung dipotong dan dibersihkan
6 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
2 biji cili merah
5 biji cili api
sedikit belacan
sedikit sos tiram
gula dan garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Bawang merah, bawang putih, cili merah,
   cili api serta belacan ditumbuk halus.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis 
   bahan tumbuk hingga garing. Masukkan 
   sedikit sos tiram. Masukkan kangkung 
   tadi. Kacau-kacaukan ia.
3. Masukkan gula dan garam. Rasalah 
   garamnya. Apabila sayur sudah masak, 
   barulah diangkat untuk dihidangkan.


Kuih Ketayap

             
               Assalamualaikum wrh wbr....

      Pagi ini saya masakkan kuih ketayap untuk sarapan pagi. Dah lama tak buat kuih ni. Tiba-tiba pula teringat nak buat. Tetapi dah tak ingat lagi dari mana saya ambil resepinya. Walau apa pun jua, okey juga lah kuihnya. Rasanya yang tak berapa manis serta ada rasa lemak sikit sebab saya letakkan sedikit santan. Lihatlah resepinya.....






Resepi Kuih Ketayap

Bahan-bahan:


Bahan intinya:

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah
1 helai daun pandan

Masukkan kelapa parut, gula merah serta daun pandan di dalam periuk. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. Kacaukan ia sehingga menjadi warna keperangan selama 10 hingga 15 minit. Barulah diangkat dan disejukkan.


Bahan kulitnya:

350 gm tepung gandum
100 ml air daun pandan
600 ml air / santan
1 sdt soda bikarbonate
1 sdt garam
sedikir warna hijau epal

Blend bahan-bahan di atas dan tapiskan. 

Panaskan kuali yang tidak melekat, masukkan adunan ke dalam kuali tersebut. Lenggangkan ia supaya rata.
Tunggu sehingga ia masak, barulah diangkat.

Penyediaannya:

Letakkan inti tadi di bahagian tepi kulit ketayap tersebut. Gulung sedikit, serta lipatkan kedua-dua penghujung dan teruslah menggulung sehingga habis. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dimakan.


Terung Bercili

        
             Assalamualaikum wrh wbr....
             
      Salam sejahtera untuk semua, semoga berbahagia selalu. Tengah hari ini saya masak yang mudah aja untuk hari ini, iaitu terung bercili. Lihatlah resepinya...



Resepi Terung Bercili

Bahan-bahan:
2 batang terung panjang 
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan udang kering dikisar
4 sdb cili kisar
air asam jawa
sedikit belacan
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Terung dipotong serta digoreng sekejap.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan
   bawang putih yang dihiris hingga garing.
3. Masukkan cili kisar serta udang kering. 
   Tunggu sehingga naik minyak. Masukkan 
   sedikit air.
4. Masukkan air asam jawa serta sediki7
   belacan. Dikacau lagi. Masukkan gula dan
   garam. Masukkan terung. dikacau lagi. 
   Rasakan masam masinnya. Kalau dah okey
   barulah diangkat.



Kuih Lompang

           
                  Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam bahagia teman-teman semua, semoga kalian semua berbahagia selalu di hari minggu ini. Dah lama tak makan kuih lompang, teringin pula rasanya nak makan kuih lompang buatan sendiri. Biasanya kalau nak makan beli lah. Tapi kali ini saya nak cuba buatlah sendiri. So, tercari-carilah resepi kat internet. Tengok my resepi, macam sedap je kuihnya. Saya cubalah ...... Kalau tak salah dari NINA@SWEETILY. Memang sedap sangat kuihnya bila dimakan setelah sejuk. Terima kasih my resepi atas perkongsian resepi kuih ini. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini....






Resepi Kuih Lompang

Bahan-bahan:

1/2 cawan tepung beras
1 sdb tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air / santan
1 helai daun pandan
kelapa parut putih serta garam

Cara membuatnya:

1. Satukan gula melaka dan gula pasir ke
   dalam periuk, kemudian masukkan 1 cawan
   air/santan bersama daun pandan. Masak atas
   api kecil hingga larut. Sejukkan sebentar.
2. Satukan tepung beras dan tepung ubi, tuang
   satu cawan air serta masukkan air kapur. 
   Kacau rata.
3. Kemudian tuang air gula yang telah sejuk 
   tadi, gaul hingga sebati.
4. Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang
   yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. 
   Bila dah masak kuih akan jadi berlubang
   di tengahnya.
6. Hidang bersama kelapa parut.


Rabu, 19 September 2012

Nursery Bunga Sungai Buluh

       
        
        Assalamualaikum wrh... wbr....

     Salam sejahtera kepada teman-teman semua. Kelmarin saya sempat jalan-jalan kat Sungai Buluh. Selepas ke hospital, saya sempat singgah kat nursery bunga yang berdekatan dgn Hospital Sungai Buluh. Tujuannya memang untuk membeli anak pokok bunga. Dapat lah beli dua tiga jenis pokok untuk ditanam di rumah. Suka sangat tengok pokok-pokoknya yang cantik dan subur menghijau. Sempat juga saya ambil gambarnya.....





     
     Lihat tu... cantiknya pokok bonsai yang tumbuh menghijau tu. Sejuk mata memandang.



        Ini pula pokok bunga ros jepun atau pokok bunga pukul sepuluh.













               Bila tengok pokok-pokok yang cantik begini, rasa macam nak beli semua pokok-pokok bunga ini. Tapi apa kan daya, dapat lihat je pun dah cukup bersyukur lah.


Kuih Seri Muka Gula Merah

           
              Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia untuk semua yang sudi singgah kat blog ini. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Entri kali ini mengenai kuih seri muka gula merah yang saya cuba buatkan malam tadi. Alhamdulillah, rasanya  sedap sangat. Pulutnya pun sangat lembut. Kuih ni tak lah berapa manis sangat, yang sedang-sedang saja. Kuih ini menggunakan loyang 10x10x3. Jadi kepada kawan-kawan yang ingin mencuba, inilah resepinya...






Resepi Kuih Seri Muka Gula Merah

Bahan-bahan:

Bahagian bawah:

600 gm beras pulut
600 ml santan
2 tsp garam

Panaskan air dalam pengukus. Beras direndam selama sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih. Sapukan minyak di sekeliling loyang. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas kedalam loyang dan kukuslah selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak rata. Kemudian tekan-tekankan supaya ia padat.


Bahagian atas:

100 gm tepung kastad
150 gm gula merah
150 gm gula putih
50 gm tepung gandum
1000 ml santan
sedikit garam
5 biji telur
1 tsp air abu
1/2 tsp esen vanila

Satukan kesemua bahan-bahan di atas, masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap. Kemudian masukkan ke dalam pulut yang sudah masak tadi. Kukus selama 35 minit.




Selasa, 18 September 2012

Khasiat Tauge

       
       Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam sejahtera kawan -kawan semua. Seperti mana yang kita ketahui bahawa sayur tauge adalah sejenis sayuran yang paling tidak disukai oleh kita kerana sayur yang kurang sedap. Ianya juga sayuran yang paling murah berbanding dengan sayur-sayur lain. Justru sayur yang paling murah inilah yang mempunyai banyak khasiat.




Khasiat dari sayur tauge:

1. Sayur ini mampu menyumbang kepada 
   kesuburan lelaki dan wanita. Bagi lelaki  
   mampu membuatkan sperma yang di-
   hasilkan oleh golongan ini makin baik.
   Begitu juga wanita, mampu membantu 
   kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Tauge dari jenis kacang hijau, alfalfa 
   mengandungi banyak unsur fitakimia
   yang berkhasiat. Salah satu daripadanya 
   ialah Kanavanin (Canavanine) sejenis 
   asid amino, mampu melumpuhkan bibit 
   kanser leukimia usus besar dan pankreas.

3. Mempunyai estrogen yakni dapat meningkat-
   kan kepadatan dan susunan tulang, serta 
   mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4. Bagi wanita, dapat membantu menghindar 
   dari kanser payudara, gangguan menjelang 
   menstruasi, simptom pra-monopous dan
   gangguan akibat monopous.

5. bagi mereka yang berisiko penyakit strok 
   dan serangan jantung, kadar lemak darah
   yang tinggi dianjurkan lebih banyak 
   mengambil tauge kerana dapat menghalau
   "lemak jahat" LDL tanpa mengganggu lemak 
   baik HDL.

6. Selain sarat DNA, tauge padat dengan anti 
   oksida yang kuat yang menghalang tubuh 
   dari radikal bebas perosak sel DNA. Tauge
   merupakan sayuran yang menjadika
   anda lebih muda.

7. Dapat membantu membuang kotoran 
   dalam usus besar kerana ia mengandungi 
   banyak serat dan air. Inilah yang  menjadi 
   tunjang utama tauge dalam memerangi
   sel kanser.

8. Apabila kotoran segera meninggalkan 
   usus besar, tidak ada lagi zat-zat berlaku
   dalam kotoran yang dapat diserap oleh 
   tubuh. Ia dapat mencegah pengumpulan 
   bahan beracun yang dapat merangsang
   benih kanser.
           
         Selepas melihat kebaikkan-kebaikkan yang terdapat dalam sayur tauge ini, maka janganlah ragu-ragu lagi mengambil ia sebagai menu harian kita.