Khamis, 9 Jun 2016

Mee Kari


          Assalamualaikum wrh... wbr...

     Hari ni dah masuk hari kelima kita berpuasa. Pejam celik pejam celik dah hampir seminggu kita berpuasa. Terasa cepatnya masa berjalan. Selamat berpuasa juga untuk semua.

     Petang semalam saya masak mee kari ayam ringkas untuk berbuka puasa. Dah lama rasanya tak masak mee kari. Jom tengok resepi dari saya...



Resepi Mee Kari

Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam
santan (ikut kepekatan)
tahu pok 
10 biji fish ball
5 batang fish cake
2 bungkus kari daging
kacang panjang (dipotong)
2 tangkai daun kari
garam dan perasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumis:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
kulit kayu manis 
bunga lawang 
bunga cengkih

Bahan lain:
mee kuning (dicelur)
sayur sawi (dicelur)
tauge (dicelur)
telur rebus
bawang goreng 
cili merah (dihiris)
Limau kasturi


Cara membuat kuah mee:

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah 
   tumis serta daun kari. Kemudian masukkan
   bawang merah, bawang putih serta halia yang
   dihiris halus. Biarkan sehingga sedikit
   garing.
2. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan
   sedikit air. Biarkan sehingga kari masak
   atau naik minyak.
3. Masukkan ayam dan gaulkan hingga bercampur
   dengan rempah. Kemudian baru masukkan
   santan. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan pula tahu, fish cake serta fish
   ball, perasakan garam serta perasa jika
   suka. Barulah diangkat untuk dihidangkan.



Cara menghidang mee:
Letakkan mee ke dalam mangkuk yang sesuai, masukkan kuah ke atasnya. Kemudian letakkan telur rebus, hirisan cili merah, sayur sawi serta bawang goreng. Perahkan jus limau kasturi keatasnya. Siap untuk dimakan. 


3 ulasan:

  1. entry masak-masak ni best,..at least ada gak idea nak masak ape hari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Adda... untungnya ada blog masak memasak ni, sekurang-kurang dapat juga bertukar-tukar fikiran maupun resepi.

      Padam
  2. sedapnya nampak mee kari tu
    macam nak buat jelah zilla

    BalasPadam