Rabu, 22 Jun 2016

Biskut Sarang Semut


        Assalamualaikum wrh... wbr...

  Salam bahagia semua...

      Hari ni rajin pula buat biskut, bila dah dengar lagu raya kat mana-mana rasa bersemangat pula nak beraya, apalah saya ni mengalahkan kanak-kanak riang lah pulak. 
Hari raya tak meriah kalau tak ada biskut raya... kan.

      Kali ini saya buatkan biskut sarang semut. Saya cuba dari resepi blog Citarasawan. Belum sempat merasa lagi biskutnya. Baru keluar dari oven. Panas-panas lagi.... Nanti malam baru lah dapat merasa. Terima kasih Kakwan diatas resepinya. Saya copykan kat sini pula untuk rujukan saya nanti.


Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan:
150 gm mentega
50 gm gula aising
1 sdt esen vanila
150 gm tepung gandum
100gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
1/2 sdt baking powder
cawan kertas secukupnya

Hiasan : chocolate rice


Caranya:

1. Satukan tepung gandum, tepung kastad,
   tepung jagung dan baking powder. Ayak.
2. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga 
   sebati. Masukkan campuran dan uli menjadi
   doh.
3. Masukkan ke dalam acuan berlubang atau
   gunakan pemarut.
4. Ambil doh menggunakan garpu dan masukkan ke
   dalam acuan kertas. Tabur coklat rice atau 
   manik hundred thousand
5. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu
   pada suhu 160 C selama 20- 25 minit.
6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan
   sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap 
   udara.

Tiada ulasan:

Catat Komen