Jumaat, 27 Mei 2016

1st Giveaway By Aura Queen

1st Giveaway by Aura Queen

1st Giveaway by Aura Queen.Giveaway ini diadakan sempena PEMBUKAAN BLOG AURA QUEEN ORIGINAL.Doa dan harapan kami di Aura Queen,semoga anda sudi join ya.Semoga Giveaway ini mendapat sambutan dari sahabat blogger sekalian.Giveaway Aura Queen ini adalah tajaan sepenuhnya AURA QUEEN ORIGINAL.Giveaway terbuka kepada semua blogger di Malaysia.1st Giveaway by Aura Queen bermula pada hari ini,6 May 2016 dan akan berakhir pada 31 May 2016 jam 11.59 malam.Cepat cepat JOIN.Aura Queen mencari LIMA PEMENANG BERTUAH yang akan memenangi WANG TUNAI RM50 dan juga Feminin Wash AURA QUEEN.


*SILA TEKAN BANNER DIATAS UNTUK JOIN*

SYARAT SYARAT 1st GIVEAWAY by AURA QUEEN


1 - BUAT SATU ENTRI GIVEAWAY
Buat satu entri bertajuk " 1st Giveaway by Aura Queen ''.

2- FOLLOW BLOG

3- LIKE PAGE FACEBOOK

4- FOLLOW INSTAGRAM

5. Copy CODE di bawah dan PASTE di ruangan html

6. Copy paste LINK entri GIVEAWAY anda hanya di ruangan komen entri Giveaway ini sahaja


Feminin Wash AURA QUEEN


Feminin Wash AURA QUEEN , Feminine Wash Aura Queen


Rahsia Penjagaan Bahagian Intim Wanita Bersama Feminin Wash AURA QUEEN

- Menjadikan bahagian intim wanita akan terasa harum dan segar sepanjang hari..." Feminin Wash AURA QUEEN boleh membantu menyelesaikan masalah kegatalan bahagian intim wanita dan menghilangkan bau.Haruman mempesona..Kesegaran yang kekal lama...Feminin wash AURA QUEEN terbaik untuk wanita masakini.
- Aura Queen menggunakan bahan-bahan tradisi di tambah baik dengan yang moden menjadikan Feminin Wash AURA QUEEN terasa harum segar dan mendapat kebaikannya pada si pemakai .

Kelebihan Feminin Wash AURA QUEEN

- Bau wangiannya yang segar
- Kandungannya pekat dan menjimatkan
- Terasa nyaman bila digunakan dan kesegaran berpanjagan
- Memberi keyakinan diri


Fungsi Feminin Wash AURA QUEEN

- Mengatasi masalah keputihan
- Mengatasi masalah bau yang tidak menyenangkan
- Antiseptik ( menghalang bakteria dan fungus )
- Menghilangkan kegatalan
- Menganjalkan dan memelihara kulit
- Menstabilkan PH vagina
- Mencerahkan
- Mengetatkan
Kandungan : Aqua, Sireh, Manjakani, Aloe vera, Kacip fatimah, Garam bukit, Cola lipid

Cara Penggunaan Feminin Wash AURA QUEEN

- Titiskan pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih,biarkan 3 hingga 4 saat dan bilas sehingga bersih.

Isi kandungan 100ml

Maklumat Lanjut Feminin Wash AURA QUEEN


Untuk respon lebih cepat ( pertanyaan/order ) anda boleh Call,WhatsApp atau Sms no tertera di bawah :

📞 014-9323212
📞 014-9323212
📞 014-9323212

FEMININE WASH AURA QUEEN SAHABAT BAIK ASET ANDA !!
FEMININE WASH AURA QUEEN HARUMAN PENCETUS KETERUJAAN SUAMI....


1st Giveaway by Aura Queen adalah tajaan sepenuhnya Aura Queen Original.Terima Kasih kerana sudi join Giveaway ini.


Kuih Popiah Goreng


         Assalamualaikum wrh... wbr...

      Bertemu lagi di pagi Sabtu yang berbahagia ini, semoga anda semua ceria-ceria selalu hendaknya. 

      Dah pun start cuti sekolah pertengahan tahun. Mungkin ada dikalangan teman-teman yang merancang untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti bersama keluarga. Apa-apa pun diharapkan perjalanan anda akan selamat menuju ke destinasi dan juga selamat kembali nanti.

      Cerita masak memasak pula hari ini, sempat juga saya buatkan kuih popiah goreng untuk sarapan pagi.


Resepi Kuih Popiah Goreng

Bahan-bahan:
kulit popia
inti
tepung gandum + air (untuk lekatkan kulitnya)


Inti popiah:

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah
1 biji ubi sengkuang
sedikit sayur kobis
1/2 biji bawang besar (dihiris kecil)
garam secukupnya
sedikit lada sulah
sedikit minyak untuk menumis


Cara membuat inti:
1. Keluarkan kulit popiah dari dalam peti ais.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar
   hingga layu. Masukkan lobak merah, 
   sengkuang serta kobis. Goreng sekejap.
3. Masukkan garam serta lada sulah. Kacau 
   sehingga bercampur, teruslah diangkat.
   Jangan biarkan terlalu lama nanti sayur
   terlalu lecur. Angkat dan sejukkan.



Cara menggulung popia:

1. Ambil sehelai kulit popia, letakkan sedikit
   inti dan balutlah dengan kulitnya, kemudian
   gulungkan ia.
2. Akhir sekali gamkan kulitnya dengan cecair
   tepung gandum yang dicampur dengan sedikit
   air.
3. Apabila selesai membalut popiah, boleh 
   digoreng dengan minyak panas.



Sedap dimakan dengan sos cili atau sos yang dibuat sendiri.

Kuih Jemput-jemput Ikan Bilis


             Assalamualaikum wrh... wbr...

      Apa khabar teman-teman semua. Semoga hari ini anda semua berbahagia selalu di hari Jumaat yang penuh barokah ini.

     Petang tadi saya masak jemput-jemput ikan bilis untuk hidangan minum petang. Biasalah diwaktu petang-petang perut suka lapar. Apalagi kalau hujan turun, mesti merayap kegerai cari makanan. Untung gerai hanya kat depan rumah je. Tapi kalau sering kegerai tak best pula, macam-macam komplenlah pula tak sedaplah, tak menepati citarasa lah dan macam-macam lagi. 

      Jadi jalan yang terbaik, masaklah sendiri. Nak rasa ikan bilis lebih, letaklah ikan bilis banyak-banyak. Yang penting ada kerajinan. Kalau ahli keluarga ramai, eloklah masak sendiri, lagi jimat... kan. Jom tengok resepinya.... ya.


Resepi jemput-jemput ikan bilis

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cekak ikan bilis (ditumbuk kasar)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (buang bijinya dan 
      dihiris halus)
garam secukupnya
air secukupnya uDiantuk membancuh tepung
1 ketul kiub ikan bilis
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  

Cara memasaknya:

1. Di dalam bekas masukkan tepung, ikan
   bilis, bawang besar hiris,garam serta kiub
   ikan bilis. Gaulkan supaya bercampur.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil
   dikacau supaya bercampur.
3. Panaskan minyak, sudukan ia kedalam 
   minyak    panas. Apabila sudah garing 
   bolehlah diangkat.
 

Sedap dimakan dengan sos  cili atau apa-apa sos yang disukai.

Rabu, 25 Mei 2016

Giveaway Topup by Cik Emy


         Assalamualaikum wrh... wbr...


http://emyyyyemyyyy.blogspot.my/2016/05/giveaway-topup-by-cik-emy.html

     Jom kita sama-sama support bagi memeriahkan lagi giveaway kawan kita Cik Emy.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah klik kat banner.

     Tarikh tamatnya: 6 hb Jun 2016

Selasa, 17 Mei 2016

Mertabak Roti Express


          Assalamualaikum wrh... wbr...

      Bersua lagi di kali ini, semoga anda semua beroleh rahmat dari yang Maha Esa.

      
      Kali ini saya nak share lah resepi mertabak roti ekspress yang saya cuba dari Maz Ilham Dapur. Memang sedap mertabak roti tersebut, saya gunakan burger ayam yang dimasak terlebih dahulu. Anak-anak saya pun suka.



Resepi Mertabak Roti

Bahan-bahannya:
4 biji telur
4 keping roti
3 batang sosej (saya guna 2 keping burger
           ayam- dihancurkan dan digoreng 
           seketika)
1/2 sdb serbuk kari
2 sdb susu segar
1 biji cili merah (saya guna cili api)
sedikit daun sup
sedikit bawang besar cincang
sedikit aji/ serbuk pati
sedikit garam
secubit gula
minyak masak secukupnya
 


Cara memasaknya:
1. Dalam mangkuk satukan semua bahan kecuali
   roti, kocok sebati dengan garpu.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
   nonstick, masukkan roti dalam telur dan
   sebatikan. 
3. Tuang sedikit dalam kuali, tekan sedikit
   biar kemas dan nipis, betukkan 4 persegi
   atau bulat. Masak 2 minit setiap bahagian
   atau hingga perang. Boleh dihidang bersama
   sos pilihan. 


Nota: Selain sosej, boleh juga guna jejari 
      ketam, burger ayam atau burger daging 
      kena masak terlebih dahulu, lepas itu
      hancurkan. Untuk bahan perasa, agak-agak
      lah secukupnya.

 

Isnin, 16 Mei 2016

Selamat Hari Guru


          Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam bahagia semua... Hari ini 16hb Mei 2016 adalah hari guru. Hari ini adalah hari kebesaran bagi semua guru-guru. Teringat sewaktu mengajar dulu. Kalau tibanya hari guru, ada saja keraian yang dibuat bagi meraikan para guru-guru. Parent juga ada memberikan sumbangan makanan, cenderahati dan sebagainya. Itu semua dah tinggal kenangan.

     Sekarang bila dah ada anak-anak ni, bila tiba hari guru ada saja yang dimintanya untuk diberikan kepada guru sebagai tanda kenangan untuk gurunya. Nak tak nak kenalah sediakan juga walaupun hadiahnya tak sebesar mana pun. Sekurang-kurangnya mereka ni adalah rasa nak menghargai jasa cikgu-cikgu yang telah mengajar mereka.



       Sempena hari guru ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada mereka-mereka yang pernah menjadi guru saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke perguruan tinggi. Jasa kalian tidak akan saya lupakan hingga ke akhir hayat.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Ahad, 15 Mei 2016

Kuih Serimuka Pandan


         Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi kali ini... semoga teman-teman semua berbahagia selalu.

     Kali ini saya entrikan mengenai masakan kuih serimuka pandan. Anak perempuan saya yang kecil sangat sukakan kuih ni. Dah lama katanya mama tak buat kuih hijau ni. Jadi saya buatlah kuih kegemarannya. Kali ini saya cuba dari resepi Chef Haniliza. Memang sedap rasa kuihnya. Saya copykan resepinya di sini pula.... ya.




Resepi Kuih Serimuka Pandan

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
sedikit garam

Cara-caranya:
1. Basuhkan beras pulut dan rendamkan
   sekurang-kurangnya 3 jam.
2. Masukkan semua bahan ke dalam loyang yang
   dilengser dengan sedikit minyak.
3. Kukus sehingga pulut masak.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya
   mampat dan cantik.
5. Kemudian barulah tuangkan adunan lapisan
   atasnya.


Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sdk garam 
sedikit pewarna hijau

Cara embuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan 
   kacau rata, tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut di
   dalam loyang tadi.
3. Kukus lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu, baru dipotong dengan pisau
   plastik. 


Rabu, 11 Mei 2016

Ayam Masak Halia


         Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam sejahtera di hari Khamis yang berbahagia ini, semoga teman-teman sihat sejahtera selalu.

      Terus kepada entri resepi, kali ini resepi ayam masak halia yang saya cuba masak tengahari kelmarin. Okey juga rasanya, sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Memang terasa halianya lebih sedikit, tapi baik untuk kesihatan. Dapat mengelurkan anin yang berkumpul dalam badan...kan.

      Jom lihat resepinya yang mudah ini...


Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan:
500 gm ayam (potong kecil)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 cm halia (dihiris halus memanjang)
1 sdb kicap cair
1 sdb soso tiram
1 biji bawang besar (hiris bulat)
1 biji cili merah (hiris nipis)
1 tangkai daun bawang
1 1/2 sdk tepung jagung (bancuh dgn sedikit 
          air) 
minyak masak (utk goreng ayam)
sedikit lada sulah @ lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula secukup rasa


Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak,gaul ayam dgn garam kunyit,
   kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat
   dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki goreng ayam,
   tumis bawang putih bersama halia sehingga
   naik bau. Masukkan kembali ayam yang 
   digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, 
   sedikit garam serta sedikit taburan lada
   sulah. Kacau seketika (jangan sampai bawang
   putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan 
   kacau hingga kuah sebati dan pekat. Tambah 
   sedikit air jika suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang 
   besar. Kacau selama 2-3 minit sebelum 
   diangkat. Masukkan garam dan gula secukup
   rasa.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawang dan 
   hidangkan bersama nasi panas.

 

Khamis, 5 Mei 2016

Kuih Koleh Kacang


          Assalamualaikum wrh... wbr...

   Lama tak buat kuih koleh kacang,kuih ni memang feberat saya. Dulu pernah buat kuih ni, tapi saya gunakan resepi yg saya belajar dari sepupu. Kali ini saya cuba resepi dari dapur Azlita Masam Manis.

     Memang sedap kuih koleh kacangnya, sangat lembut. Terima kasih di atas resepinya. Izinkan saya copykan resepinya di sini pula ya...



Resepi Kuih Koleh Kacang

Bahan-bahan:

Bahan A - Tahi Minyak
500 gm santan kelapa segar
secubit garam

1. Satukan santan dan secubit garam dalam 
   kuali non stick. Masak dengan api yang
   sederhana hingga adunan kental. 
2. Kecilkan api dan terus memasak hingga
   terbit minyak dan terhasilnya tahi minyak
   yang kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan minyaknya. Minyak
   disimpan untuk diletakkan dalam adunan
   koleh kacang nanti.
4. Tahi minyak pula untuk ditaburkan di atas
   kuihnya.


Bahan B - Air Gula

200 gm gula merah atau gula timbang
50 gm gula pasir
150 ml air
2 helai daun pandan disimpul

1. Satukan semua bahan dan masak atas dapur
   hingga gula melarut.
2. Tutup api dan tapis. 



Bahan C 

150 gm kacang hijau
secubit garam
200 ml santan kelapa segar
650 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 sdb minyak kelapa (baki dari tahi minyak 
    yang diasingkan) 



Caranya memasaknya:

1. Satukan bahan C kecuali daun pandan dan 
   minyak kelapa. Masukkan dalam blender dan
   kisar.
2. Satukan bahan kisar (bahan C) dan air gula
   (bahan B) ke dalam kuali, masukkan daun
   pandan.
3. Masak atas api yang sederhana sambil
   sentiasa dikacau hingga ia meletup-letup 
   kecil.
4. Kecilkan api dan tambah minyak kelapa,
   kacau lagi hingga adunan pekat dan kental. 
   Anggaran masa adalah 25 minit.
5. Keluarkan daun pandan dari adunan. 
6. Sediakan loyang 8 in yang dioles dengan
   minyak kelapa baki dari tahi minyak tadi. 
7. Tuangkan adunan dan kacau rata. Hentak-
   hentakkan loyang sedikit untuk
   menghilangkan gelembung udara.
8. Taburkan tahi minyak di atasnya dan biarkan
   sehingga sejuk dan mengeras. Bila dah keras
   bolehlah dipotong untuk dihidangkan.

Selasa, 3 Mei 2016

Ayam Masak Merah Azie Kitchen


           Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia... semua. Terus kepada cerita masak-memasak. Anak-anak memang suka makan nasi berlaukkan ayam, tapi dah buntu tak tahu nak masak apa. Jadi saya jalan-jalanlah ke blog kawan-kawan. Teringin hendak mencuba masakan ayam masak merah dari dapur Azie Kitchen.

     Memang sedaplah masakan ayam ni kalau kita masak sesuai dengan cara dan gayanya.
Terima kasih Azie diatas resepinya ini, izinkan saya kongsikan resepinya disini pula ya...



Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (lumur garam kunyit)
1/2 mangkuk kecil cili kisar
1/2 mangkuk kecil sos cili
2 sdb gula
1 1/2 sdk garam
sedikit serbuk perasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 hiris halia sebesar ibu jari

Bahan lain:
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
1 tin kecil kacang peas (tak letak)
1/2 tin susu cair
1 biji buah tomato (belah 4)
daun sup/daun bawang (untuk tabur)


Cara memasaknya:
1. Ayam digoreng separuh masak, angkat dan
   ketepikan. 
2. Panaskan minyak sesuai dengan bahan yang 
   hendak ditumis, tumis bahan kisar dengan 
   api perlahan hingga pecah minyak dan cili
   benar-benar garing.
3. Masukkan cili sos, garam, gula serta serbuk
   perasa. Masukkan juga sedikit air, kacau 
   rata dan masak seketika.
4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah 
   digoreng tadi, kacau rata sehingga ayam
   masak dan kuah pecah minyak dan berwarna
   cantik.
5. Kemudian masukkan pula susu cair serta 
   bawang hiris, masak sehingga mendidih.
6. Rasakan ia, jika dah ok barulah diangkat.
   Taburkan dengan daun sup serta daun bawang
   hiris. 



* Sedap juga kalau dimakan bersama nasi
  tomato.
   

Ahad, 1 Mei 2016

Segmen : Pencarian Bloglist Bulan Jun & Pencarian Bloglist Tahun 2016


            Assalamualaikum wrh... wbr...

http://bidadarisado.blogspot.my/2016/04/segmen-pencarian-bloglist-bulan-jun.html

      Jom sama-sama kita support segmen yang dianjurkan oleh Syf. Dean. Semoga kita akan dapat lebih ramai lagi kenalan.

        Segmen tamat 31 hb Mei 2016.

Pajeri Terung


            Assalamualaikum wrh... wbr...

     Hari ni 1 hb Mei 2016, adalah hari buruh. Selamat bercuti diucapkan kepada semua pekerja-pekerja yang berada di Malaysia. Mungkin ada yang mengambil kesempatan pergi jalan-jalan atau balik ke kampung. Jadi kepada mereka berhati-hatilah dijalan raya.

     Cuti hari buruh ni kita tak kemana-mana pun. Jadi kat rumah kenalah masak sbb anak-anak semua berkumpul. Makan tengahari ni saya masak pajeri terung, kerabu pucuk ceylon dan goreng ikan masin. Wah... siap bertambah-tambah nasi, maklumlah dah lama tak makan ikan masin. Jadi... jomlah kita tengok resepi pajeri terung.


Resepi Pajeri Terung

Bahan-bahan:
2 batang terung (dipotong)
sejemput udang kering
2 peket kecil rempah kari ikan
santan secukupnya
kerisik
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang kulit kayu manis
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis



Cara memasaknya:

1. Panaskan kuali, goreng terung dengan minyak
   hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak, 
   tumis bawang merah, bawang putih, halia, 
   udang kering serta kulit kayu manis hingga 
   sedikit layu.
3. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan
   sedikit air. Masak rempah hingga wangi dan
   naik minyak.
4. Masukkan kerisik dan juga santan, biarkan
   sehingga medidih. Masukkan pula terung yang
   digoreng tadi.
5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan
   sedikit perasa jika suka. Rasakan, jika
   sudah secukup rasa barulah diangkat dan 
   dihidangkan.