Rabu, 29 Januari 2020

Bubur Nasi


Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua, semoga anda semua sihat dan bahagia selalu.

Memandang ada anak2 yang tak berapa sihat, jadi saya masak nasi bubur je hari ni.

Memang mudah sangat masak nasi bubur ni... dan bubur ni boleh dimakan dengan lauk apa saja, terpulang kepada selera kita. Hari saya masak apa yang ada sahaja. Jom tengok resepi dari saya.


Resepi bubur nasi

Bahan-bahan:
Beras 
Kiub ayam
Air secukupnya

Cara masak:

Cuci bersih beras, rebus dengan air serta masukkan kiub ayam. Biarkan sehingga bubur 
masak sempurna. Bila dah masak tutupkan 
apinya.


Ayam goreng kunyit

Bahan-bahan:

Ayam
garam serta kunyit
bawang besar (dihiris bulat)
cili merah (dipotong)
karot (dipotong dadu)
minyak untuk menumis

Cara masaknya:

Ayam dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit, biakan seketika.

Panaskan minyak, masukkan ayam. Goreng hingga keluarkan minyak. Masukkan bahan2 hiris.
Goreng sehingga bawang layu. Angkat dan hidangkan.


Telur goreng

2 biji telur
daun bawang
cili merah
sedikit daun sup
lada sulah

Caranya:

Pecahkan telur, masukkan bahan hiris, garam serta lada. Kacau dahulu.

Panaskan minyak, masukkan telur. Kemudian kacau seperti buat telur hancur. Siap diangkat.


Daun bawang dipotong.


Ikan bilis digoreng garing.

Bubur ini sedap juga dimakan bersama kerupuk serta kacang tanah yang digoreng.




Khamis, 23 Januari 2020

Kari ikan keli


Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua... moga sihat selalu.

Hari ni ke kedai berdekatan rumah, terlihat ada dijual ikan keli. Lamanya tak makan ikan keli. Beli lah sikit buat masak kari, dicampur pulak dengan ubi kayu. Wah... memang sedap sekali sekala dapat makan gulai ikan keli.

Jom tengok resepi ringkas dari saya.



Resepi kari ikan keli

Bahan-bahan:

1/2 kilo ikan keli
2 batang ubi kayu (dikupas dan dipotong          kecil)
5 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
4 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
sedikit halba campur
2 pelepah daun kari
air asam jawa
serbuk kari
sedikit minyak utk menumis
santan secukupnya
garam dan perasa jika suka



Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan halba 

   campur, masukkan bawang yang ditumbuk.
   Masukkan pula daun kari. Kacau sehingga
   bawang kekuningan.

2. Masukkan rempah kari, kacau cepat supaya
   tidak hangit, masukkan pula sedikit air.
   masak sehingga rempah naik minyak. 

3. Masukkan air asam jawa, kemudian masukkan     pula ubi kayu serta ikan. Juga masukkan

   santan, biarkan sehingga ubi empuk. 

4. Perasakan dengan garam serta perasa. Jika

   dah secukup rasa, barulah diangkat untuk 
   dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas beserta lauk serta ulam-ulaman.