Rabu, 14 September 2011

Mini alas meja


Assalamualaikum wrh wbr....

Salam mesra dari saya untuk teman-teman semua.



           
             Ini pula, saya hasilkan mini alas meja. Bunganya masih lagi menggunakan bunga crochet, daunnya menggunakan sulaman benang. Ditambah pula dengan sedikit manik. Nampak okeylah jugak.
     Terima kasih kepada sesiapa yang sudi menjengah ke blog saya ini. Sempena kita masih berada di bulan syawal ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan bathin.




Kain Alas Meja


Assalamualaikum wrh wbr....

Ini pula hasil kerja tangan saya mengenai sulaman benang di gabungkan dengan bunga crochet.




    
           Dah lama juga saya tak apdate blog ni. Bulan puasa sibuk dgn membuat kuih untuk jualan bazar ramadhan. Sampai tak sempat nak melayari internet. Alhamdulillah, hasilnya lumayan jugalah. Bolehlah menampung perbelanjaan untuk persiapan hari raya.
           Sulaman benang ini juga saya hasilkan untuk membuat kain alas meja. Kemudian ditambah pula dengan sedikit manik untuk kelihatan lebih menarik. Di bahagian tepi kain, saya jahitkan  dengan menggunakan benang yang berwarna agar lebih menyerlah.