Rabu, 6 April 2016

Masak Asam Ikan Jenahak


              Assalamualaikum wrh... wbr...

       Bersua kembali teman-teman di kali ini, semoga teman-teman ceria-ceria selalu.
Kali ini saya entrikan mengenai masakan ikan jenahak masak asam. Ikan jenahak ni masak apa pun memang sedap. Apa lagi kalau dimasak asam. Jom kita lihat resepinya...



Resepi Ikan Jenahak Masak Asam

Bahan-bahan:
2 kerat ikan jenahak
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
air asam secukupnya
cili api @ cili merah
garam serta gula secukupnya
sedikit minyak masak untuk menumis


Cara memasaknya:
1. Ikan dibersihkan dan diletakkan garam serta
   kunyit, kemudian  digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, tumis bawang besar,
   bawang putih serta halia.
3. Masukkan air asam jawa, kemudian masukkan
   ikan dan cili. Biarkan sehingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam serta gula. Siap
   untuk dihidangkan.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen