Isnin, 4 April 2016

Kuih Cara Manis


    Assalamualaikum wrh... wbr...

    Bersua lagi dientri kali ini, kali ini saya masak kuih cara manis pula. Dah lama tak makan, lama-lama sekali teringin juga nak menjamah kuih yang satu ini. Kali ini saya cuba dari resepi dapur Amie's Little Kitchen.

    Memang sedap kuihnya dengan rasa lemak serta manis serta terasa wangi pandannya. Izinkan saya letakkan resepinya disini ya...


Resepi Kuih Cara Manis

Bahan-bahan (untuk batter):

125 gm tepung gandum
250 ml santan (boleh juga guna susu)
1/2 sdt garam
1 biji telur gred B
gula apung secukupnya (saya guna gula putih)
setitik emulco pandan
sedikit minyak dan 
simpulan daun pandan untuk menglis acuan



Cara menyediakan batter:

1. Bancuh bahan batter dengan telur dan 
   santan. Adun hingga rata dan kemudian
   masukkan baki santan.

2. Tuang batter ke dalam jug penyukat.


Cara memasaknya:

1. Panaskan acuan kuih cara.

2. Sapukan sedikit minyak dengan menggunakan
   daun pandan.

3. Tuangkan batter hingga separuh penuh.

4. Masukkan dengan cermat 1/4 sdt gula apong.

5. Tuangkan lagi batter hingga tertutup
   intinya.

6. Tutup acuan dengan tudungnya (atau tudung
   periuk), biarkan kuih masak dengan 
   perlahan.

7. Cungkil tepinya dengan pencucuk, dan 
   angkat kuih yang masak dengan sudu.

8. Ulangi hingga batter habis. 


2 ulasan:

  1. uishhh sedappnyaaa tea time kalau makan .

    BalasPadam
  2. Memang sedap... Farahain. Sesuai sangat kalau dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang.

    BalasPadam