Ahad, 29 November 2026

Menu Lunch di Hari Minggu

 

Assalamualaikum...

Sarapan pagi tadi, malas nak buat sarapan, jadi saya hanya bungkus roti canai je untuk sarapan pagi.

Hari ni tak keluar kemana-mana pun, memang ada banyak masa nak masak untuk makan tengahari.



Hari Rabu kelmarin saya sempat ke pasar malam berdekatan rumah. Kat tempat orang jual sayur ada pula dijual betik muda. Jadi saya beli lah untuk dibuat somtam. Lamanya tak buat somtam.

Walaupun sebenarnya bahan untuk buat somtam tak berapa cukup tapi gagahkan juga buat somtam, nak makan punya pasal. Guna bahan yang mana ada saja. Saya tambahkan ikan bilis serta kacang tanah goreng. Kemudian ditumbuk halus baru digaul ke dalam somtam.



Kemudian buat goreng cili terung, kentang serta ikan bilis.

Dua menu ni pun dah cukup untuk makan tengahari ni. 




Tak lupa juga ada buah tembikai hari ni buat pencuci mulut, juga untuk turunkan darah tinggi.

Petang ni pula cucu saudara nak balik ke Taiping, singgah sekejap di rumah, saya sempat masak bubur kacang selepas makan tengahari tadi, serta bancuh bahan untuk buat cekodok sayur. Bila mereka dah nak sampai baru digoreng cekodok untuk mereka. Dapatlah makan panas-panas. Malas pula nak ambil gambar bagai.



2 ulasan:

  1. Seronoknyaaaa aktiviti makan makan hari ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut mood juga SA. Kalau time rajin ok lah, kalau time malas masak yang ringkas ja.

      Padam