Sabtu, 6 Disember 2014
Masak Lemak Pisang Muda
Assalamualaikum wrh.... wbr....
Salam sejahtera semua teman-teman di hujung minggu ini, semoga ceria-ceria selalu hendaknya. Kelmarin saya masak lemak pisang muda untuk hidangan makan tengahari. Kebetulan ada pisang muda saya bawa dari kampung pemberian emak. Biasa lah kalau pulang kampung macam-macam benda diberikan mak disuruh bawa balik sampai tak muat bonet kereta. Jadi dapatlah saya masakkan gulai pisang muda.
Resepi Masak Lemak Pisang Muda
Bahan-bahan:
1 sikat pisang muda (dibuang kulit & dipotong)
15 biji cili api*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1 genggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
1 biji bawang besar*
2 cawan santan
garam serta serbuk perasa
Cara memasaknya:
1. Pisang dibuang kulit di potong serong,
kemudian rendamkan dengan sedikit air
garam untuk mengelakkan ia menjadi
hitam.
2. Tumbuk bahan yang bertanda *, kemudian
masukkan ke dalam periuk bersama pisang
dan sedikit santan cair.
Masukkan juga asam keping serta serai.
Masak di atas api sehingga mendidih dan
pisang sedikit layu.
3. Setelah itu masukkan santan pekat beserta
garam dan serbuk perasa jika suka.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya santan
tidak pecah minyak.Kemudian rasakan ia.
5. Bila dah cukup rasa barulah tutupkan api
dan sedia untuk dihidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan