Isnin, 13 Oktober 2014

Sungai Bill, Tanjung Malim, Perak.


    Assalamualikum wrh.... wbr.....

    Hari minggu kelmarin, kami sekeluarga sempat jalan-jalan ke Tanjung Malim, Perak. Anak-anak dah sibuk nak mandi sungai sebab dah lama tak mandi sungai kata mereka. jadi bawa lah mereka mandi kat Sungai Bill. Ini kali kedua kami sampai kat sungai tersebut. Nampaklah sedikit perubahan. Kalau dulu, kemudahan seperti toilet dan tempat persalinan terbiar dan tak dijaga. Tapi sekarang dah dibuat semula toilet dan tempat untuk persalinan. Nampak bersihlah sikit.


   
Papan tanda masuk ke Sungai Bill. Photo ini saya ambil dari google.





 Toilet dan tempat untuk menyalin pakaian. Ada juga disediakan pondok-pondok kecil untuk berehat.


  
Sungainya mempunyai banyak batu-batu yang
besar dan agak licin. So, kena hati-hati lah 
ketika mandi.



Cantik permandangannya diambil dari atas 
jambatan.



       Ada pula orang yang rajin meletakkan batu tu supaya berdiri. Tempatnya memang cantik dan airnya pun jernih. Sesuailah bawa anak-anak dan keluarga berkelah sambil 
mandi-manda di sini.




2 ulasan:

  1. Assalam
    Nmpk tenang, seronok santai bersama keluarga ni kan
    Kita kalu blk kg pun mesti jenggah kat lata air terjun hehee
    Mandi manda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Mama Sara... best juga sekali sekala bawa anak-anak mandi manda serta jalan-jalan kat kampung melihat keindahan kampung yang penuh ketenangan. Dapatlah hilangkan stres sikit. Macam tulah kalau dok kat bandar ni, setiap hari sebok.

      Padam