Rabu, 31 Julai 2013

Kuih Samperit Pandan


       Assalamualaikum wrh...wbr...

     Salam bahagia semua teman-teman blogger. Saya rasa semua para ibu- ibu dan bapa-bapa mula membuat persiapan untuk hari raya yang bakal tiba nanti. Tak kurang juga para suri rumah juga sibuk membuat kuih raya.


     Di sini saya nak kongsikan resepi biskut samperit pandan yang saya cuba dari Naz@ Cut Oven, Small Kitchen. Memang sedap biskutnya. Terima kasih atas resepi biskut yang sedap ini.Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.


Resepi Biskut Samperit Pandan

Bahan-bahan:

Bahan A
200 gm mentega
100 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan
1/2 tsp pewarna pandan

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad

Hiasan
coklat masakan putih (saya tak letak)
gula manik




Cara membuatnya:
1. Sebatikan bahan A.
2. Masukkan bahan B dan dan uli rata.
3. Gunakan acuan dan paipkan adunan 
   (potong adunan kepada 150 inci  setiap 
   satu.
4. Taburkan dengan coklat manik.
5. Bakar selama 15 minit dengan suhu
   160 C.
6. Biarkan sejuk baru dimasukkan ke dalam 
   bekas kedap udara. 

 

2 ulasan:

  1. rajinnya buat biskut raya...berbaloi kn bila buat sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbaloi pun Adda bila kita buat biskut raya sendiri. Kalau beli, tak puas hati, tak sedap lah , mahal lah. Kalau buat sendiri dah gerenti kuihnya sedap.

      Padam