Khamis, 25 Julai 2013
Kuih Kaswi Kacang Hijau
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia kepada semua umat muslimin dan muslimat di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini semoga Ramadhan pada kali ini akan lebih bermakna pada diri kita semua. Rasanya dah setengah bulan lebih kita berpuasa.Hanya tinggal setengah bulan lagi untuk kita melakukan ibadah puasa. Terasa sungguh cepat masa berlalu.
Walau apa pun jua, kali ini saya entrikan masakan kuih kaswi kacang hijau yang saya cuba dari resepi Fiza LGK. Sebenarnya dah lama saya ingin mencuba resepi kuih kaswi kacang hijau ni. Cari punya cari, tak berkenan dihati. Tetiba terjumpa kat blog Fiza LGK. Teruslah saya cuba resepinya. Ternyata memang sedap kuihnya. Sebenarnya saya berikan sedikit kat jiran sebelah rumah bagi membalas bekasnya. Esoknya pula terus dia order. Ternyata memang sedap lah.... tu.
Terima kasih Fiza LGK saya ucapkan atas resepinya. Minta izin ya saya letakkan resepinya kat sini pula untuk rujukan saya dihari akan datang.
Resepi Kuih Kaswi Kacang Hijau
Bahan-bahan:
Bahan A
200 gm tepung kacang hijau
400gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis sangat)
150 gm tepung ubi
50 gm tepung beras
500 ml santan
400 ml air
1/2 sdk kapur makan
1 sdk garam
Bahan B
1 sdk pewarna hijau
1/2 sdk pewarna kuning
Bahan C
Kelapa parut (kukus sebentar supaya tidak
cepat basi)
sedikit garam
Cara menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
Warnakan dengan pewarna hijau dan kuning,
kacau rata. Kemudian tapiskan.
2. Masukkan adunan di atas api dan kacau
sentiasa hingga likat dan tidak berketul.
3. Seterusnya curahkan rata adunan ke dalam
loyang dan kukus selama 35 minit.
4. Sejukkan pada suhu bilik, kemudian
potong dan gaulkan dengan kelapa parut
yang digaul dengan secubit garam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Menarik..leh cuba ken kali
BalasPadam