Jumaat, 2 November 2012

Jalan-Jalan ke Kolam Air Panas Pedas

   
          Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam sejahtera kepada anda semua. Minggu lepas kami sekeluarga sempat jalan-jalan ke Wet World Pedas, Negeri Sembilan bawa anak-anak mandi-manda di sana. Suka sangat mereka, kalau dah dapat berendam dalam air. Biasanya kita suka juga bawa anak-anak mandi-manda, kalau tak mandi laut ke Port Dickson, mandi sungai ke Hulu Langat. Kali ini pergi mandi-manda ke kolam air panas pula. 


     Di Wet World Pedas ini terdapat kolam air panas. Best juga selepas berendam air sejuk, dapatlah berendam air panas pula. Bayaran masuk pula dikenakan sebanyak RM12 bagi orang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 



Bergambar kat depan pintu gerbang Wet World Resort Air Panas Pedas.




         
            Inilah kolam air panas yang terdapat di Wet World Pedas. Sewaktu kami datang ke sana, air di dalam kolam ini terlalu panas sangat, kerana baru lepas gempa bumi.



2 ulasan:

  1. santai dgn anak2 ye..sesekali mmg seronok dpt beraktiviti bersamakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye.. lah sekali sekala dapat jalan-jalan okey gak. Dapatlah hilangkan tension.

      Padam