Rabu, 21 November 2012

Ikan Kembung Masak Singgang

               
         Assalamualaikum wrh... wbr...
  
    Salam  sejahtera kepada anda semua dan selamat bercuti kepada anda yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan yang agak panjang ini. Entri kali ini mengenai masakan iaitu ikan kembung masak singgang. Mereka yang sedang berdiet, eloklah masak masakan  sebegini kerana ianya tidak mempunyai minyak, baik untuk kesihatan. Apa lagi  dimakan bersama ulam dan sambal belacan. Peergh... memang sedap. Masakan ini memang senang dimasak. Masukkan bahan-bahannya dan teruslah dimasak. Lihatlah bahan-bahannya...



Resepi Ikan Kembung Masak Singgang

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung
sedikit kacang bendi
1 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (dititik)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 keping asam keping
Air untuk kuahnya
garam 
sedikit gula

Cara memasaknya:

1. Masukkan semua bahan di dalam periuk, 
   kecuali garam dan gula. Kemudian masuk-
   kan air. Masak diatas api sederhana 
   sehingga mendidih.
2. Masukkan pula garam dan gula secukup 
   rasa. Rasakan masin manisnya. Bila dah 
   secukup rasa, barulah di angkat untuk di-
   hidangkan.






4 ulasan:

  1. ni peberet kt umah ni...masak singgang, ada ulam cicah ngn budu..fuhhh sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun... Adda. Sama lah kita. Lagi pula kalau ada anak kecil mesti lah ada masakan yang tak boleh pedas. So.... kena lah tambah sambal belacan ke atau budu, barulah terangkat.

      Padam
  2. menu yg cukup menyegarkan tekak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dimakan pula dengan nasi panas-panas. Memang menyelerakan.

      Padam