Rabu, 21 November 2012
Ikan Kembung Masak Singgang
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam sejahtera kepada anda semua dan selamat bercuti kepada anda yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan yang agak panjang ini. Entri kali ini mengenai masakan iaitu ikan kembung masak singgang. Mereka yang sedang berdiet, eloklah masak masakan sebegini kerana ianya tidak mempunyai minyak, baik untuk kesihatan. Apa lagi dimakan bersama ulam dan sambal belacan. Peergh... memang sedap. Masakan ini memang senang dimasak. Masukkan bahan-bahannya dan teruslah dimasak. Lihatlah bahan-bahannya...
Resepi Ikan Kembung Masak Singgang
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
sedikit kacang bendi
1 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (dititik)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 keping asam keping
Air untuk kuahnya
garam
sedikit gula
Cara memasaknya:
1. Masukkan semua bahan di dalam periuk,
kecuali garam dan gula. Kemudian masuk-
kan air. Masak diatas api sederhana
sehingga mendidih.
2. Masukkan pula garam dan gula secukup
rasa. Rasakan masin manisnya. Bila dah
secukup rasa, barulah di angkat untuk di-
hidangkan.
ni peberet kt umah ni...masak singgang, ada ulam cicah ngn budu..fuhhh sedap..
BalasPadamMemang pun... Adda. Sama lah kita. Lagi pula kalau ada anak kecil mesti lah ada masakan yang tak boleh pedas. So.... kena lah tambah sambal belacan ke atau budu, barulah terangkat.
Padammenu yg cukup menyegarkan tekak..
BalasPadamDimakan pula dengan nasi panas-panas. Memang menyelerakan.
Padam