Assalamualaikum wrh wbr....
Salam ukhwah kepada kawan-kawan semua. Semoga berada dalam lindungan Allah selalu hendaknya. Alhamdulillah hari ini, saya masak pulut kuning sempena ulang tahun kelahiran my husband pada hari ini. Sebenarnya firstime saya masak pulut kuning ni. Biasanya masak pulut biasa sahaja. Sebagai kawannya pulut saya masak kari ayam.
Alhamdulillah sedap.... Pulut kuningnya saya cuba dari resepi Haniliza. Terima kasih atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan saya di masa akan datang. Mari kita tengok resepinya...
Resepi Pulut Kuning
Bahan-bahan:
1 kilo pulut kuning
3 keping asam keping
3 sdb serbuk kunyit
air secukupnya untuk merendam pulut
3 cawan santan
garam
Cara memasaknya:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping
serta larutan kunyit selama 5 jam untuk
mendapatkan warna kuning.
2. Cucikan pulut serta toskan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut ke dalam pengukus yang
dialas dengan daun pisang sehingga naik
wap di sekelilingnya.
5. Angkat dan keluarkan pulut serta masukkan
ke dalam bekas yang agak besar.
6. Tuangkan santan yang telah dicampur
dengan garam sedikit demi sedikit.
7. Masukkan kembali ke dalam pengukus dan
kukuslah kembali sehingga keluar wap di
tepi pengukus.
8. Bila dah naik wap keluarkan serta msukkan
pulut ke dalam loyang atau acuan yang
disukai.
9. Hidangkan pulut dengan rendang atau kari
ayam.
Resepi Kari Ayam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong kecil dan dibersihkan)
5 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong)
4 sudu besar serbuk kari daging
3 1/2 cawan santan
6 biji bawang merah (dihiris)
5ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 pelepah daun kari
2 sudu besar kerisik
1 batang kulit ksyu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
garam secukupnya
sedikit minysk masak untuk menumis
Cara memasaknya:
1. Panaskan periuk, masukkan minyak masak
dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang,
bunga cengkih, buah pelaga serta daun
kari. Kemudian masukkan bawang merah,
bawang putih serta halia. Biarkan sehingga
agak garing.
2. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air
serta dicampur dengan kerisik. Apabila
bawang sudah garing masukkan rempah kari.
Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan kentang. Kacaukan ia
supaya bercampur dengan rempah. Biarkan
sehingga mendidih.
4. Masukkan santan. Tunggu sehingga
mendidih. Masukkan garam. Rasakan
garamnya. Kalau sudah cukup rasa
barulah diangkat dan dihidangkan.
salam ukhuwah kak..
BalasPadamziarah sy ke sini..
menu sedap ni kak, walaupun badan mudah brangin..
Terima kasih Rohah kerana sudi follow blog akak yang tak seberapa ini.
PadamYe lah, menu ni memanglah sedap. Sekali-sekala makan tak apa lah kot. Kalau sakit tu, terpaksa tahan lah sikit.... kan.