Khamis, 14 Ogos 2025

Sarapan Pagi Dengan Nasi Goreng Bayam Brazil

 Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua. Cuaca dipetang ini hujan renyai, jadi sejuk je cuaca petang ni.

Cerita pagi tadi, saya buat nasi goreng biasa letak sayur bayam brazil. Tengok bayam brazil yang saya tanam dibelakang dapur banyak sangat dan daunnya pun nampak subur. Jadi saya kutiplah pucuknya. Buat nasi goreng masukkan sayur ni, memang rasanya sedap. Biasanya makan dijadikan ulam ja. Kadang-kadang je saya buat sayur lemak campur dengan keledek. 

Lagi pun pokok sayur bayam brazil ni kalau kita rajin petik daunnya dia akan tumbuh pucuknya lebih banyak lagi.

Resepi nasi goreng cara saya... he he



Resepi Nasi Goreng Bayam Brazil

Bahan-bahan:

Nasi sejuk

sayur bayam brazil

ikan bilis

2 biji telur

2 sdb kicap

garam, gula, perasa jika suka


Bahan kisar:

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

5 biji cili api

2 biji cili merah




Cara memasaknya:

1. Kisar bahan kisar hingga halus. 

2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis terlebih dahulu, angkat dan toskan. 

3. Lebihan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau dan agak garing. Masukkan gula, garam, perasa juga sedikit kicap. Masukkan juga daun bayam brazil. Masak hingga sayur sedikit layu.

4. Masukkan nasi sejuk, kacau hingga bergaul rata. Masukkan telur, goreng lagi hingga bercampur. Rasakan, dah cukup rasa matikan api dapur. Baru masukkan ikan bilis goreng.

Siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan panas-panas bersama kopi O atau teh O.

9 ulasan:

  1. Sedapnya nasi goreng buat sarapan pagi.
    Bubuh taburan ikan bilis goreng tu tambah sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan nasi goreng dengan kopi O panas. Memang laju lah makan.

      Padam
  2. Uish sedap ni... Sy masak nasi goreng juga malam tadi, takde idea nak masak lauk jadi buat nasi goreng je la 😁

    BalasPadam
  3. Sama lah... saya juga kalau takde idea nak masak apa, buat nasi goreng je, cepat.

    BalasPadam
  4. Salam singah..BW sebelum tidur..resipi yang menarik..blog ni dah saya bloglistkan ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Etuza, masukkan blog ni ke dalam bloglist tuan. Rajin-rajinlah singgah sini, he he.

      Padam
  5. suka tengok pinggan mangkuk Diela...cantik...dulu PZ ada tanam bayam brazil...ni dah x nampak2 dah

    BalasPadam
  6. Bayam Brazil ni tak ada org jual atau susah nak tgk org jual.. kena tanam sendiri kalau nak makan huhu.. ☺️☺️

    BalasPadam
  7. resipi baru nasi goreng ni puan..tq share

    BalasPadam