Isnin, 18 Ogos 2025

Sarapan Pagi Ala Western

 

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di hari ini, di pagi Selasa yang begitu indah. Jangan lupa bersyukur, Alhamdulillah dapat meneruskan lagi kehidupan ini. Moga sahabat semua diberikan kesihatan selalu. Selamat bekerja kepada kawan-kawan yang sedang bekerja di hari ini.

Pagi ni saya sarapan ala western. Biasanya selepas hantar anak ke sekolah, balik je mesti singgah ke gerai beli nasi lemak ataupun kuih buat alas perut di pagi hari.

Hari ni ingat nak sarapan dengan roti je. Jadi beli roti, baked bean, sosej dan juga telur.

Jom tengok cara saya sediakan sarapan yang ringkas ini.




Untuk baked bean saya tak boleh makan kalau kacang tu tak dimasak, jadi untuk memasaknya saya hanya tumis bawang putih serta tambahkan sedikit sos untuk menambah rasa, biar lebih sedap.

Cara masak baked bean

bahan-bahan:

1 tin baked bean

2 ulas bawang putih (dicincang halus)

1 sdb sos cili

1 sdb sos tomato

sedikit garam





Cara masak:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih cincang. Goreng hingga bawang berwarna kekuningan, jangan sampai hangit nanti rasanya pahit.

2. Masukkan sos cili, sos tomato serta garam. Kacau sebentar. Bila mendidih barulah diangkat untuk dihidangkan.

 


Untuk sosejnya pula panaskan sedikit minyak kedalam kuali leper, masukkan sosej. Balik-balikkan ia, kemudian masukkan sedikit lada hitam dan juga taburkan sedikit garam dan perasa jika suka. Balik-balikkan ia supaya masak dengan rata.

Kemudian goreng telur mata serta bakarkan roti. Bolehlah dihidangkan ke dalam pinggan.

Sekali sekala dapat makan macam ni di pagi hari pun dah sedap.





23 ulasan:

  1. kalau baked beans tu linda tak pandai makan..
    telur mata tu kalai makan dengan nasi lemak sedap betul...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ka Linda... dulu pun saya tak suka juga makan baked bean ni. Encik suami yang ajarkan masak macam tu. Sampai sekarang jadi suka.

      Padam
  2. linda, buat telur larva makan ngn siklemak. pergh kuning mencair.
    kita pun tak pandai makan beans tu, ahahahaa.
    selalu sosej jadi roti sosej. sekarang da pandai air fryer, letak sos, letak sosej, letak cheese pastu bakar.

    BalasPadam
  3. selalu makan gitu je baked beans tu.. lepas ni boleh try tumis baked beans tu pulak.. kadang2 kalau sis rajin, buat la coleslaw sikit.. makan sejuk2 sedap.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada daging cincang boleh letak juga. Tapi saya tak pernah lagi cuba masak baked bean letak daging cincang.

      Padam
  4. Balasan
    1. Betul tu Amiza, menu yang paling mudah dan cepat disediakan.

      Padam
  5. sesekali sarapan mcm ni syok jg...senang utk disediakan...

    BalasPadam
  6. Tak pernah kami sarapan seumpama ini, nah tu...bagi idea..nak bagi suri hati surprise nanti..bestnya ..yang saya suka tu ada telur dan bread bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat tu tuan Etuza, kasi suri hati tu happy sikit, he he.

      Padam
  7. Balasan
    1. Alahai Syazni... boleh masak nanti, resepi yang sangat mudah untuk disediakan.

      Padam
  8. Kalau kat rumah ammi, baked beans tu cuma ammi dan anak no.2 je makan...dan kitorang makan gitu je tak perlu masak. Kadang-kadang, malam buka tin, masuk dalam mangkuk pastu simpan fridge..esok pagi makan sejuk2. Uishhh sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ka Ammi, akak dah cuba makan macam tu je, tapi takleh masuk, rasa pelik.

      Padam
  9. Menu begini sangat disukai anak-anak. Saya pun suka.

    BalasPadam
  10. Jarang sekali ngadap menu sebegini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan selalu pun tuan makan macam ni, sekali sekala ja. Selalunya pagi-pagi makan nasi lemak ja.

      Padam
  11. Sedap ni! Menu simple senang masak. Telur tu kalau kuningnya cair lagi bestt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... tapi saya tak boleh makan telur yang cair tu. Kalau goreng telur mata, mesti kena full masak.

      Padam
  12. Sesekali menukar selera ke arah western pun seronok juga :D

    BalasPadam