Assalamualaikum...
Jumpa lagi kita di hari ini, di pagi Selasa yang begitu indah. Jangan lupa bersyukur, Alhamdulillah dapat meneruskan lagi kehidupan ini. Moga sahabat semua diberikan kesihatan selalu. Selamat bekerja kepada kawan-kawan yang sedang bekerja di hari ini.
Pagi ni saya sarapan ala western. Biasanya selepas hantar anak ke sekolah, balik je mesti singgah ke gerai beli nasi lemak ataupun kuih buat alas perut di pagi hari.
Hari ni ingat nak sarapan dengan roti je. Jadi beli roti, baked bean, sosej dan juga telur.
Jom tengok cara saya sediakan sarapan yang ringkas ini.
Untuk baked bean saya tak boleh makan kalau kacang tu tak dimasak, jadi untuk memasaknya saya hanya tumis bawang putih serta tambahkan sedikit sos untuk menambah rasa, biar lebih sedap.
bahan-bahan:
1 tin baked bean
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
sedikit garam
Cara masak:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih cincang. Goreng hingga bawang berwarna kekuningan, jangan sampai hangit nanti rasanya pahit.
kalau baked beans tu linda tak pandai makan..
BalasPadamtelur mata tu kalai makan dengan nasi lemak sedap betul...hihihi
Ya ka Linda... dulu pun saya tak suka juga makan baked bean ni. Encik suami yang ajarkan masak macam tu. Sampai sekarang jadi suka.
Padamlinda, buat telur larva makan ngn siklemak. pergh kuning mencair.
BalasPadamkita pun tak pandai makan beans tu, ahahahaa.
selalu sosej jadi roti sosej. sekarang da pandai air fryer, letak sos, letak sosej, letak cheese pastu bakar.
Cuba masak macam tu Cha... pasti suka nanti.
Padamselalu makan gitu je baked beans tu.. lepas ni boleh try tumis baked beans tu pulak.. kadang2 kalau sis rajin, buat la coleslaw sikit.. makan sejuk2 sedap.. ^^
BalasPadamKalau ada daging cincang boleh letak juga. Tapi saya tak pernah lagi cuba masak baked bean letak daging cincang.
Padammenu mudah dan cepat
BalasPadamBetul tu Amiza, menu yang paling mudah dan cepat disediakan.
Padamsesekali sarapan mcm ni syok jg...senang utk disediakan...
BalasPadamBetul tu Nohas... boleh dicuba nanti.
PadamTak pernah kami sarapan seumpama ini, nah tu...bagi idea..nak bagi suri hati surprise nanti..bestnya ..yang saya suka tu ada telur dan bread bakar
BalasPadamBoleh sangat tu tuan Etuza, kasi suri hati tu happy sikit, he he.
PadamRasa lapar pula tengok hidangan
BalasPadamAlahai Syazni... boleh masak nanti, resepi yang sangat mudah untuk disediakan.
PadamKalau kat rumah ammi, baked beans tu cuma ammi dan anak no.2 je makan...dan kitorang makan gitu je tak perlu masak. Kadang-kadang, malam buka tin, masuk dalam mangkuk pastu simpan fridge..esok pagi makan sejuk2. Uishhh sedapnya
BalasPadamYa ka Ammi, akak dah cuba makan macam tu je, tapi takleh masuk, rasa pelik.
PadamMenu begini sangat disukai anak-anak. Saya pun suka.
BalasPadamLagipun mudah nak disediakan.
PadamJarang sekali ngadap menu sebegini
BalasPadamBukan selalu pun tuan makan macam ni, sekali sekala ja. Selalunya pagi-pagi makan nasi lemak ja.
PadamSedap ni! Menu simple senang masak. Telur tu kalau kuningnya cair lagi bestt
BalasPadamBetul tu... tapi saya tak boleh makan telur yang cair tu. Kalau goreng telur mata, mesti kena full masak.
PadamSesekali menukar selera ke arah western pun seronok juga :D
BalasPadam