Assalamualaikum...
Jumpa lagi kita di update kali ini.Moga sahabat semuanya dipermudahkan segala urusan hari ini.
Pernah nampak tak pokok ini di tepi-tepi rumah korang pokok seperti ini. Inilah pokok sirih cina atau, ketumpang air ataupun nama saintifiknya paperomia pellucida. Pokok ni sejenis pokok yang senang sangat tumbuh di merata tempat terutamanya tempat yang lembab.
Biasanya kita akan menjumpai pokok ni di dalam pasu bunga, tepi parit atau longkang, ataupun ditepi rumah.
Sebenar pokok sirih cina ini tumbuh di dalam pasu bunga. Jadi saya pindahkan dan tanam kembali ke dalam satu bekas.
Walaupun sekali tengok macam gulma atau rumput yang tumbuh meliar, tetapi ia mempunyai khasiat yang tinggi. Bentuk daunnya sama seperti daun sirih tetapi pokoknya bersaiz kecil.
Pokok sirih cina ini mempunyai zat antioksidan, antiinflamasi dan antikanser.
Jom kita tengok apakah manfaat daun sirih cina ini.
Menjaga kesihatan kulit
Menjaga kelancaran sistem pencernaan
Penawar sakit sendi dan skit perut
Penawar gaot
Mengobati dan meredakan cirit birit
Meredakan batuk
Merawat kayap
Meredakan demam (ramas daun dgn sedikit air, sapukan dikepala)
Melegakan selsema
Merawat jangkitan pada pundi kencing
Alternatif rawatan kepada ubatan darah tinggi
Merawat kencing manis
Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
Pokok sirih cina ini boleh dimakan sebenarnya, dijadikan ulam, dijadikan salad, boleh ditumis dan dimasak sayur lemak. Rasanya seperti daun sirih tetapi tak begitu kuat rasanya seperti daun sirih.
Jadi kalau jumpa pokok daun sirih ni dilaman rumah, jangan kita buang. Lebih baik kita manfaatkan kerana ia sangat bermanfaat untuk kesihatan.
baru tahu namanya sirih cina dan boleh dibuat ulam.. ingatkan pokok rumput biasa je.. hehehe.. ^^
BalasPadamSelalu kita jumpa kat tepi-tepi ruma... kan.
PadamAssalam Diela lamanya tak ziarah blog2 ni semua.. cantik pulak pokok sirih cina ni tanam dlm pasu kan
BalasPadamWaalaikumsalam Ina... Pokok sirih cina ni banyak sangat tumbuh kat dalam pasu bunga, nak buang sayang. Pindahkan je kat dalam satu bekas.
PadamDah besar baru sy tahu pokok ni boleh dimakan. dulu kecik2 mmg banyak pokok ni tumbuh di tepi laman rumah mak di kampung. Skrg ni pun kadang ada juga jumpa dlm pasu rumah sy di bandar ni
BalasPadamPokok ni memang senang tumbuh kat mana-mana pun. Mungkin iaya cepat bercambah melalui biji benihnya tu.
Padamkak ana pun ada terbaca banyak khasiat sirih cina nih, sebelum ni memang tumbuh melata sendiri je pokok ni dalam pasu-pasu bunga kak ana :)
BalasPadamBapa saya, kalau jadi kayap mesti ambil pokok ni, upaq dengan bedak sejuk, letak kat tempat jadi kayap tu. Sejuk je kataya.
Padamoo itu namanya..banyak tumbuh di pasu..rupanya boleh makan ..alamak nak cuba, berkhasiat juga tu
BalasPadamBoleh lah dicuba tuan Etuza. Tapi kalau nak makan, tengok kat mana dia tumbuhlah. Kalau kat dalam pasu bunga tu, bolehlah. Tapi kalau ambil kat tepi longkang yang tercemar takut keracunan pulak kang.
PadamAsalamualaikum..baru pagi tadi nampak banyak tumbuh..rasanya nak cuba jadikan ulam..harap2 dapat telan..bagus tu boleh rawat jangkitan kuman juga kan..
BalasPadamWaalaikumsalam... Boleh cubalah tuan... Mudah-mudahan sesuai dengan lidah.
PadamDulu tak tahu, ingatkan pokok rumput.
BalasPadamHa aa, pokok rumput yang banyak khasiatnya.
Padambanyak tumbuh meliar kat kebun
BalasPadambelum pernah lagi memanfaatkan khasiatnya
Memang pun... kat kebun pokok sirih cina ni mesti banyak yang tumbuh.
PadamOOohh boleh dimakan dan yg menarik ia mempinyai byk khasiat... baru tau selama ni cabut buang sahaja sebab kalau tak silap ia tumbuh liar :D
BalasPadamMemang pun... dulunya saya pun begitu suka cabut buang. Sekarang ni bila dah tahu khasiatnya, rasa sayang pula nak buang.
Padam