Isnin, 25 Ogos 2025

Musim Bunga Tekoma Datang Lagi

 

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di entry kali ini.

Kelmarin waktu keluar ambil anak sekolah terpandang pokok bunga tekoma di tepi jalan. Tak sedar pun bila ianya start berbunga, tahu-tahu dah penuh bunga satu pokok.

Biasanya dulu kita dapat tengok pokok ni kat kedah je. Kebetulan waktu balik ke Kedah, bunga ni tengah berkembang. Pulak ianya banyak ditanam di sepanjang jalan. Sekarang ni pokok ni dah ditanam dimana-mana juga dimerata tempat dibahu-bahu jalan. Jadi kat mana-mana kita boleh jumpa pokok ni.

Bila tiba musim bunga tekoma, Permandangan di jalan akan kelihatan begitu cantik.



Sebenarnya bunga tekoma ini ada pelbagai warna. Yang pernah saya lihat ada warna pink terang, pink muda, ada juga warna putih.










Ini pula pokok tekoma yang jenisnya berwarna putih. Bunganya tak banyak sangat, pokoknya tu tak begitu subur mungkin. Kalau banyak bunganya pasti lagi cantik.




Biasaya pokok tekoma ini berbunga ketika cuaca panas dan jarang hujan. Bila bunga ni luruh akan kelihatan seperti hamparan bunga di bawah pokok. Memang cantik sangat. 

Alhamdulillah... diberi nikmat penglihatan supaya kita dapat melihat serta mensyukuri segala keindahan dan kecantikkan alam yang dikurniakan Allah swt buat kita semua.



13 ulasan:

  1. Balasan
    1. Lebih kurang macam pokok sakura lah di Jepun.

      Padam
  2. Dekat Hosp pun ada 2,3 pokok..tapi, jenuh juga nak mencakar bunga yang gugur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila bunganya luruh, memang kena keluar tenaga lah nak sapu.

      Padam
  3. Ooooo... namanya bunga tekoma. Selalu nampak di tepi jalan di LD terutama di hadapan Masjid Raudhah. Cantik betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sana pun, sekarang musim bunga tekoma ke... Amie.

      Padam
  4. Suka tengok bunga tekoma... Selalu nampak ditanam sbg pokok hiasan. Mmg sesuai dan lawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tanam banyak-banyak nampak cantik je, bila time ianya berbunga, Nampak macam bunga sakura kat Jepun.

      Padam
  5. kalau ammi yang nampak, ammi tak tau pun itu bunga tekoma. pada ammi itu adalah pokok yang ada bunga haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah tu Ammi, kalau ada bunga pasti pokok bunga lah tu.

      Padam
  6. Banyak pokok ni sekitar lipis. Sekarang tengah musim berbunga. Cantik betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah musim pokok tekoma ni berbunga agakya, sebab tu kat mana-mana pun ada bunganya.

      Padam
  7. Lawa pokok tekoma ..lagi-lagi pokok lebat berbunga macam niii ..rasa macam duduk luar negara

    BalasPadam