Ahad, 3 Ogos 2025

Masak Bakso Yang Simple


 Assalamualaikum...

Salam di pagi Senin yang indah, hari yang mulai sibuk bagi teman-teman yang bekerja. Bagi mereka yang tak bekerja, tetap juga sibuk, sibuk dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habisnya. Walaupun apa pekerjaan kita tetaplah jalankan dengan penuh redha mudah-mudahan akan ada ganjarannya disisi Allah swt.

Cerita petang semalam teringin sangat nak makan mee bakso. Dulu sewaktu tinggal di Indonesia, selalu sangat makan mee bakso. Kat mana-mana saja ada je orang jual bakso. Sehinggakan kalau malas nak keluar ke pekan ada je orang datang jual dari rumah ke rumah.

Sekarang ni kalau nak makan bakso kena lah buat sendiri. Ada je orang jual kat gerai orang Idonesia. Buat sendiri lebih puas hati. Jadi saya buat bakso yang paling simple, tak perlu banyak bahan. Tapi tetap juga sedap.

Jom tengok resepinya...



                  
                 Resepi Bakso

bihun [dicelur]

kobis

dau sup

bawang goreng

sos cili



                  Bahan kuahnya:

bebola daging [beli yang dah siap]

air secukupnya untuk kuah

garam, gula serta perasa


Bahan kisar:

1 bii bawang besar

6 ulas bawang putih

3 biji buah keras

2 inci halia

1 sdt lada hitam


Cara masak kuahnya:

1. Panaskan periuk, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan air untuk kuahnya.

2. Masukkan juga bebola daging. Tambah garam, gula serta perasa secukupnya.

3. Bila kuahnya masak, tutupkan api. Bolehlah dihidangkan.



            Bahan untuk sambal kicap:

10 biji cili api

4 ulas bawang putih

kicap

Caraya:

  Kisar cili dan bawang. Masukkan dalam periuk, masak atas api bersama kicap hingga sambal menjadi pekat.


Bahan taburan:

bawang goreng

hirisan kobis

hirisan daun sup


                                 


Cara menghidang:

Ambil mangkuk, masukkan bihun atau mee. Masukkan kuah bakso beserta baksonya sekali. Tabur dengan bawang goreng, hirisan daun sup serta hirisan kobis. Letak juga sambal kicap serta sos cili.

Selamat mecuba.



23 ulasan:

  1. saya suka sangat bakso! sebenarnya cara buat dia lebih kurang sama macam mee sup kita jekan. sambal kicap dia kena sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mazni, rasanya bihun sup kita lagi sedap kot.

      Padam
  2. sedap tu bakso...tk pernah masak...biras pernah masak bg makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sedaplah jugak. Kalau masak sendiri ni pandai-pandailah kita adjust bagi jadi sedap.

      Padam
  3. Alahaiiii....nampak bakso plak ha....kena buat nanti ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dicuba masak bakso SA. Bahannya pun mudah ja.

      Padam
  4. Sedapnya bakso
    Tq kak sudi follow blog rabia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Rabia, moga ikatan persahabatan terus berkekalan. Cuba buat bakso, teringin sangat nak makan.

      Padam
  5. Sedapnya. Saya setuju tu, buat sendiri lagi berbaloi dan kena dengan selera kita. Sambal kicap is wajib kalau ada sup-sup. Dulu suka bakso tapi sekarang macam kurang sikit. Mungkin tak jumpa yang menepati selera kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah... susah nak cari bakso yang sedap dan menepati selera kita. Kalau beli mesti tak puas hati.

      Padam
  6. Sedapnya bakso.. eyma follow sini juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Eyma sudi follow sini, blog yang tak seberapa ni.

      Padam
  7. Wow! ada resipi bakso..kadang kan teringin nak makan soto bakso..so mudahlah beli bahan ikut resipi ini..hebat terbaik sahabat blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saja cuba resepi disini tuan Etuza, mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

      Padam
  8. Pasti tambah lagi..sedap air tangan orang rumah, suri hati dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... encik suami juga anak-anak pun suka. Buat apa pun kena ikhlas dari hati, insyaallah ada keberkatannya.

      Padam
    2. aduhai..sangat setuju..Syukur atas nikmat makanan yang tak pernah habis Allah bagi ..aamiin

      Padam
  9. salam kenal sis.. nampak mudah jugak la resepi bakso ni.. boleh cuba la lepas ni.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... salam kenal juga dari akak. Boleh cuba Airene resepinya.

      Padam
  10. Sedapnya bila buat sendiri, mudah je rupanya ya nak cuba buat jugak lah. Aritu pernah ada kawan dia orang Indonesia dia jual rasa mahal pulak 1 bungkus dia jual RM7 bebola sikit kalau buat sendiri lagi puas hati kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Hidana, buat sendiri lagi puas hati. Kalau rasa tak sedap, kita tambah apa yang patut bagi jadi lebih sedap. Kita yang masak kan...

      Padam
  11. Simple tapi serba lengkap tu Diela. Sedapnya bakso. Hirup kuah panas-panas, alangkah segarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun Amie. Sekali sekala makan bakso ni memang sedap.

      Padam