Sabtu, 16 Ogos 2025

Masak Asam Rebus Ikan Kembung

 Assalamualaikum...

Salam dipetang Sabtu yang begitu cerah ini, moga sahabat semua sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu dipetang ini.

Pagi tadi saya sempat pergi ke pasar berdekatan rumah, tengok ikan segar-segar maka saya pun belilah ikan kembung. Sebahagian saya lengatkan, kemudian digoreng. Beberapa ekor lagi saya buatkan masak asam rebus ikan kembung. 

Jom tengok resepinya



Resepi Masak Asam Rebus Ikan Kembung.

Bahan-bahan:

ikan kembung

kacang bendi

daun kesum

tomato

asam keping

2 batang serai

sedikit belacan

garam, gula, perasa


Bahan kisar:

2 batang cili merah

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

kunyit hidup

halia




1. 
Cara memasaknya:

1. Ambil periuk, masukkan bahan kisar, serai, asam keping serta belacan. Masak diatas api perlahan sehingga mendidih.

2. Tambahkan air untuk kuahnya, kemudian masukkan ikan, kacang bendi serta daun kesum. Renihkan sehingga betul-betul mendidih.

3. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa jika suka. Akhir sekali masukkan buah tomato dan tutupkan api. Siap untuk  dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas beserta lauk pauk lainnya.




12 ulasan:

  1. Sedap sangat ni makan nasi lauk asam rebus ikan kembung. Ikan lengat pun saya suka!

    BalasPadam
  2. Sedap asam rebus ni Cie buat sorang je makan. Anak2 tak makan. Kalau teringin buat sikit je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah Cie, anak-anak memang kurang berminat. Kalau tak ada lauk lain, terpaksa juga mereka makan.

      Padam
  3. Saya suka menu gini tapi anak2 dan suami tak brp minat ... hirup kuah tu yang sedap tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... bubuh nasi letak kuah banjir, sedap hirup kuahnya.

      Padam
  4. SA pun sukalaukmacam ni..ni lauk diet SA gak ni...dap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai untuk sesiapa yang diet sebab tak guna minyak setitik pun.

      Padam
  5. Ni makan dgn nasi panas panas mau dua kali tambah nasi hihii.. sedappp tu.. lagi2 ada bendi 🤤🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Sedar tak sedar dua pinggan nasi jugak la.

      Padam
  6. Sup tu hummm..amazing..ada bendi..memang cukup nikmat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun... lauk kesukaan orang-orang yang dah berumur macam kita.

      Padam