Sabtu, 9 Ogos 2025

Ayam Goreng Krispi

 Assalamualaikum...

Salam di petang Sabtu, sambil santai di waktu petang update blog kesayangan ni.

Cerita hari ni, biasanya kalau hari sekolah, pagi-pagi dah keluar hantar anak nombor tiga gi kerja dan anak bongsu gi sekolah sekali disebabkan tempat kerja dengan sekolah berdekatan. Hari ni hari cuti ingat nak relax lah tak nak masak, nak makan kat luar. Hari-hari masak jemu jugak.

Ingat nak makan nasi kerabu, sekali dah sampai kat kedai, tutup lah pulak hari ni. Aduhai... perut dah lapar sangat. Last sekali gi wholefood beli ayam dan apa-apa yang patut, balik goreng je, jadilah ayam krispi bersama teman-temannya.



Sukanya si bongsu dapat makan ayam goreng. Dia memang penggemar ayam goreng pun, tiap hari kena masak ayam untuk dia. Kalau takdak ayam rela tak makan nasi satu hari.

Buat ayam goreng ni, mudah ja. Kan ada tepung ayam goreng yang dah siap. Gaul-gaul dengan ayam, terus goreng.

Untuk coslownya pula, parut carot dan hiris kobis beijing halus-halus. Masukkan mayonaise, Gaul hingga bercampur rata. Dah siap.

Alhamdulillah rezeki tengahari ni.




8 ulasan:

  1. Sedap..boleh cicah sos..alhamdulillah nyaman makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... menu kesukaan anak-anak ni.

      Padam
  2. Saya jatuh hati tengok hidangan dalam pinggan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menu paling mudah Amie... goreng-goreng je dah siap.

      Padam
  3. Rajin pula memasak, sy kalau dah lapar mmg beli je kalau dah ada di luar. Kalau di rumah tu terpaksalah juga masak apa yg ada :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak yang request nak makan ni, itu yang terpaksa masak jugak, walau pun dah lapar sangat. Tak apa lah, yang penting depa happy.

      Padam
  4. Saya klik iklan ..lawa2 lah tepat pelancongan berbagai negara...tempat blog saya ada juga iklan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kan... Sebenarnya google adsense baru ja approuch minggu lepas. Sehari je mohon google adsense, besoknya terus dapat. Alhamdulillah...

      Padam