Assalamualaikum...
Jumpa lagi kita dia hari ini, hari Isnin. Biasalah dihari bekerja, pagi-pagi lagi dah kena hantar anak pergi sekolah, sorang bekerja dan sorang lagi belajaq kat sekolah rendah.
Balik tu terus sarapan, beli nasi lemak je pagi ni. Kemudian jengok tanaman di laman kejap. Kemudian terus masak untuk makan tengahari. Kenalah masak awal sebab petang nanti ada tadarus Al Quran bersama kawan-kawan pula. Hari ni saya masak ringkas ja, sup ayam thai, goreng telur, ulam dan sambal belacan, tak best kalau takdak sambal belacan. Ulam macam biasalah kutip kat belakang dapur je, bayam brazil, daun ginseng jawa dan pucuk beluntas.
Resepi Sup Ayam Thai
Bahan-bahan:
ayam
karot
kentang
daun
sup
serai
sedikit halia
daun limau purut
rempah 4 sekawan
bawang merah {dihiris}
bawang putih {dihiris}
rempah sup
daun ketumbar
garam serta serbuk perasa
limau
tomato
cili api
Cara masak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah serta bawang putih, masukkan rempah 4 sekawan.
2. Masukkan pula ayam, sambil di kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan pula karot, kentang, serai, daum limau purut dan halia. Kemudian baru masukkan air untuk kuahnya.
4. Masukkan juga cili api, daun sop. Perasakan dengan garam dan bahan perasa. Sebelum tutupkan api masukkan perahan limau nipis dan juga daun ketumbar.
Siap untuk dihidangkan.
Ulam macam biasalah kutip kat belakang dapur je, bayam brazil, daun ginseng jawa dan pucuk beluntas.
Alhamdulillah, petang pula ambil kesempatan pergi ngaji, tadarus al Quran bersama kawan-kawan. Hari ni tak ramai pula kawan yang datang setelah 3 minggu bercuti. Walaupun hanya tiga orang, tetap juga kita bertadarus.
Dalam seminggu 3 hari saja kita bertadarus. Sambil-sambil tu kita belajar hukum ilmu tajuid, sambil membetulkan bacaan masing-masing. Jika selalu kita praktik membaca alquran, apa yang telah kita pelajari insyaallah tak akan lupa.
Sedapnyer supayam thai
BalasPadamSelalu dok masak sup biasa je, kali ni masak sup ayam thai pulak. Suka ada rasa masam-masamnya jugak.
PadamSup ayam thai..pasti makan berselera..Bab mengaji teringat suri hati ada geng mengajinya ..hari sabtu kelas dia..alhamdulillah
BalasPadamYa lah Tuan Etuza, belajar mengaji. Walaupun dah berumur, tetap juga gi belajar.
PadamSaya bloglistkan ya..
BalasPadamTerima kasih masukkan blog saya dalam bloglist tuan. Tak banyak ilmu pun yang dapat dikongsikan.
PadamCie suka juga sup ayam thai ni buat masam2 fuhhh berpeluh makan.
BalasPadamMemang pun, lagi pun sup biasa anak-anak kurang berminat. Nak nak lagi kalau hirup sup panas-panas, memang sedap.
PadamBestnya aktiviti tadarus gini...Secara fizikal pulak tu, lagi seronok
BalasPadamGinseng jawa tu sama dgn ketumbar jawa agaknya ye puan Diela? Nampak gambar akan2 sama
Selalunya kita tadarus dibulan puasa je. Lepas puasa masing-masing senyap. Tapi kali ni cubalah buat tadarus dihari-hari biasa.
PadamSebenarnya ginseng jawa dengan ketumbar jawa ni lain jenisnya. Kalau ketumbar jawa, baunya kuat seperti daun ketumbar tapi kalau ginseng jawa tiada bau, cuma kalau makan ia akan keluar lendir, tapi sedap.
Sedap tu hirup sup ayam thai suam2...
BalasPadamMemang pun Sue...
Padamterima kasih share resepi.. ^^
BalasPadamSama-sama Airene, bolehlah cuba masak nanti.
PadamSedap sup ayam :D
BalasPadamBayam brazil antara ulaman kegemeran saya. Kalau makan ulam ni mesti kena ada sambal belacan
Memang pun... bayam brazil memang sedap kalau dimakan dengan sambal belacan. Kadang-kadang goreng telur pun saya suka letak daun bayam brazil ni.
PadamMacam-macam ulamnya.
BalasPadamMoga terus istiqamah bertadarus.
Aamin... Amie, sekarang ni tak selalu sangat bertadarus. Selalu saja cuti. masing-masing selalu ada hal. Insyaalah minggu depan start mengaji Quran Tajwid dengan ustazah.
PadamSedapnya, kita suka makan dengan mihun. Jadilah mihun sup.
BalasPadamIdea yang bagus tu.
PadamSuka sup ayam Thai tapi tu la...x pandai nak balancekan rasa macam org kedai tomyam buat...
BalasPadamKalau tukang masak kat kedai tomyam, rasa masamnya kaw-kaw, saya tak suka masam sangat. Ala SA kita masak ikut selera kita je lah.
Padam