Isnin, 11 April 2022

Sup Ayam Siam

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga sihat dan bahagia selalu.

Time puasa ni rasa nak makan makanan yang bersup. Selalunya masak sup bisa je, tapi kali ni cuba buat sup style siam pula.

Sedap rupanya, rasa masam2 pedas, memang khas rasanya dengan aroma serai dan limau purut, membuatkan rasa nak bertambah nasinya. tak cukup sepinggan nasi, mesti nak tambah nasi lagi.


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang besar
sedikit minyak untuk menumis
1 batang serai
daun limau purut
1 batang karot
1 biji kentang
3 sdb sos ikan
cili api 
2 biji limau nipis
serbuk sup
daun ketumbar
garam serta serbuk perasa

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang 

   besar, bawang putih serta serai 

   hingga naik baunya. 

2. Masukkan ayam, kentang serta karot. 

   Biarkan sebentar, kemudian masukkan 

   air untu kuahnya.

3. Bila ayam dah masak, masukkan sos 

   ikan, daun limau purut serta cili api.

4. Akhir sekali masukkan garam, perasa 

   serta perahkan limau purut. Sebelum 

   diangkat masukkan daun ketumbar. 

   Tutupkan api, siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


2 ulasan:

  1. Sedap ni sup ayam Siam. Ada aroma limau purut, ada daun ketumbar. Ada cili. Hirup panas-panas mau dua mangkuk ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Amie, sekali sekala berbuka dengan sup macam ni memang sedap. Memang bertambah2 nasinya.

      Padam