Khamis, 19 Ogos 2021

Kuih Karipap

 Assalamualaikum...

Salam di hari Jumaat yang penuh berkah ini, moga semuanya sihat selalu.

Memandangkan kat rumah ni banyak tepung gandum, lebih kurang 6 kampit tepung, pemberian dari orang. Jadi terpikir2 nak buat kuih apa. Saranan dari anak yang kecil nak makan karipap. Jadi merajinkan diri buat karipap.

Intinya saya guna resepi sendiri, untuk kulit karipapnya pula saya guna resepi dari blog Zila Norazila, tengok sempurna je kejadiannya. Terima kasih Zila resepi kulit karipapnya, menjadi dengan elok sekali.


Bahan untuk buat intinya:

Isi ayam cincang
rempah kari
kentang yang dipotong dadu
hirisan daun sup
hirisan bawang merah dan bawang putih untuk ditumis
daun kari
bawang besar cincang
sedikit serbuk lada hitam
minyak masak
garam, gula dan sedikit perasa

Caranya:

1. Panaskan sedikit minyak masak, tumis           hirisan bawang merah dan bawang putih         hingga naik bau. 
2. Masukkan rempah kari, masak hingga naik       minyak.
3. Masukkan ayam, kacau hingga sebati. 
4. Kemudian masukkan pula kentang. Tambah         sedikit air. Tunggu hingga kentang 
   empuk. Sambil-sambil tu semtiasa dikacau       supaya tidak hangit.
5. Bila kentang dah empuk, perasakan 
   dengan garam, gula serta perasa.
6. Masukkan pula cincangan bawang besar.         Biarkan sehingga bawang layu.
7. Last sekali masukkan hirisan daun sup.         Kacau sebentar, barulah diangkat.

Inti karipap yang dah siap dimasak.

Bahan untuk kulit karipap:

400 gm tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 sdb planta / marjerin
1/2 cawan air ais

Cara membuatnya:

1. Panaskan planta bersama minyak masak,         curahkan kedalam tepung. Kemudian 
   gaul rata.
2. Masukkan pula air sedikit demi sedikit         sambil menguli doh. Bila doh sudah 
   sebati dan lembut. Masukkan dulu ke 
   dalam peti sejuk selama 1/2 jam. 
   Barulah boleh dicanai dimasukkan 
   inti untuk dijadikan karipap.

Cara buat karipap:
1. Ambil sedikit tepung,canaikan 
   sehingga nipis, kemudian tekapkan 
   acuan bulat. Canai lagi.
2. Kemudian masukkan inti ke dalamnya.           Tutupkan dan klimkan ditepinya 
   rapat-rapat. Ulang buat sehingga 
   habis dan siap untuk digoreng.

Bila menggoreng, gunakan api kecil, supaya karipap tidak pecah. Sentiasa balik-balikkan supaya ia masak sekata.


2 ulasan:

  1. Sedapnya karipap. Saya kalau buat karipap, 1/2 inti karipap masuk mulut dulu hihihiii sebelum menjadi karipap!

    BalasPadam