Sabtu, 4 April 2020

Sambal Kelapa


Assalamualaikum...

Bersua lagi dientri kali ini, moga semuanya sihat hendaknya.

Biasalah... semasa perintah lockdown ini, ibu2 rumahtangga lah yg sentiasa sibuk setiap hari, mencari idea nak masak apa untuk isi perut isi rumah setiap hari. Jadi diwaktu sekaranglah kita sentiasa mencari resepi yg terbaru. Kalau tiap hari masak itu2 je... memang jemulah kan...

Kali ni saya cuba buat sambal kelapa pula. Sambal ini biasanya dimakan bersama ulam-ulaman.



Resepi Sambal Kelapa

Bahan-bahan:

1 biji cili merah
5 biji cili api
1/2 inci belacan
sedikit isi ikan yg direbus atau digoreng
2 ulas bawang merah
1 cawan kelapa parut
gula dan garam
limau nipis

Bahan ulam:

apa-apa jenis ulam, kalau saya hanya ada daun pegaga dengan timun sahaja.



Cara membuatnya:

1. Tumbuk cili api, cili merah, hingga lumat,
   masukkan sedikit gula dan garam. Tumbuk 
   hingga sebati.

2. Tambah bawang merah serta isi ikan, 
   tumbuk hingga lumat. Akhir sekali masukkan
   kelapa parut. Tumbuk perlahan tapi jangan
   sampai terlalu halus. 

3. Perahkan limau nipis kedalamnya. 
   Gaul-gaulkan supaya bercampur. Siap 
   untuk dihidangkan.

* Sedap dimakan bersama ulam-ulaman.



3 ulasan:

  1. Sedapnya sambal kelapa kalau style begini. Meambah-nambah nasi masuk pinggan jadinya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firstime cuba, tapi memang sedap lah Amie. Bertambah nasi juga lah saya.

      Padam
  2. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    BalasPadam