Jumaat, 1 Disember 2017

Kuih Apam Gula Merah


       Assalamualaikum...

   Bersua lagi di entri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu.

   Hari ni adalah hari yg paling bahagia kerana anak bujang saya sudah pun kembali setelah 3 bulan merantau di negara orang yaitu Korea. Pada mulanya memang berat juga hendak melepaskan ianya pergi, tapi untuk kebaikkannya nak cari pengalaman mencari rezeki di negara org, maka dilepaskan juga. Alhamdulillah... katanya banyak benda yang dapat dipelajari dan juga dapat menimba banyak pengalaman baru. 

   Dah lama teringin nak makan kuih apam gula merah, so dapatlah saya buatkan hari ini. Sedap kuih apam bila dimakan bersama kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam.
Terima kasih Yati Memories di atas resepinya ini, saya copykan di sini pula utk rujukan saya nanti.



Resepi Kuih Apam Gula Merah

Bahan A
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan

Semua bahan dimasak dan disejukkan.

Bahan B
1 sdb yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sdk gula pasir

Bahan C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air


Cara membuatnya:

1. Masak bahan A hingga gula larut dan
   sejukkan.

2. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau
   sehingga berbuih.

3. Campurkan kesemua bahan C ke dalam mangkuk
   besar dan masukkan sekali air gula yang
   telah didejukkan tadi.

4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi.
   Gaul sebati, setelah sebati, tutup dan
   biarkan selama 10 minit.

5. Lengserkan loyang dengan acuan, dan
   tuangkan adunan ke dalam acuan, biarka
   selama 10 minit.

6. Kukus adunan selama 40 minit kalau acuan
   besar dengan api yg sederhana kuat.

7. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari
   acuan.



* Sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan