Rabu, 15 November 2017
Kari Ayam Nyonya
Assalamualaikum...
Selamat pagi teman-teman semua, semoga sihat hendaknya di pagi Khamis yang indah ini.
Tercari-cari resepi masakan kari ayam, terjumpalah masakan kari ayam nyonya stail ni, nampak sedap je... maka saya pun cubalah memasaknya... ternyata memang sedap. Anak2 pun puji kata mereka sedap. Lain kali bolehlah masak lagi. Jom tengok resepinya
Resepi Kari Ayam Nyonya
Sumber: Marsila Mars
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
santan
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
3 batang serai*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
4 biji buah keras*
cili kering ikut kepedasan*
2 biji cili merah*
1 sdb rempah kari daging
2 helai daun limau purut
garam dan sedikit minyak utk menumis
Cara memasaknya:
1.Kisar bahan yang bertanda *, kemudian
tumis bahan dengan sedikit minyak. Masukkan
rempah kari serta daun kari, kacau
sehingga wangi dan agak berminyak.
2.Masukkan ayam, kentang dan daun
limau purut, kacau sebentar.
3.Masukkan pula santan, biarkan mendidih
atau sehingga kentang empuk.
4.Masukkan garam dan perasa jika suka.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Sedap jika dimakan bersama nasi atau roti jala.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sha tak pernah lagi masak kari buh buah keras dengan daun limau purut.. Sedap eh..
BalasPadamIni kari ayam stail nyonya. Memang sedap... anak2 saya siap suruh buatkan lagi. Cuba lah... Sha.
Padam