Rabu, 11 Mei 2016
Ayam Masak Halia
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam sejahtera di hari Khamis yang berbahagia ini, semoga teman-teman sihat sejahtera selalu.
Terus kepada entri resepi, kali ini resepi ayam masak halia yang saya cuba masak tengahari kelmarin. Okey juga rasanya, sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Memang terasa halianya lebih sedikit, tapi baik untuk kesihatan. Dapat mengelurkan anin yang berkumpul dalam badan...kan.
Jom lihat resepinya yang mudah ini...
Resepi Ayam Masak Halia
Bahan-bahan:\
500 gm ayam (potong kecil)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 cm halia (dihiris halus memanjang)
1 sdb kicap cair
1 sdb soso tiram
1 biji bawang besar (hiris bulat)
1 biji cili merah (hiris nipis)
1 tangkai daun bawang
1 1/2 sdk tepung jagung (bancuh dgn sedikit
air)
minyak masak (utk goreng ayam)
sedikit lada sulah @ lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak,gaul ayam dgn garam kunyit, kemudian goreng ayam separuh
masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki goreng
ayam, tumis bawang putih bersama halia
sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam
yang digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair,
sedikit garam serta sedikit taburan lada
sulah. Kacau seketika (jangan sampai
bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan
kacau hingga kuah sebati dan pekat.
Tambah sedikit air jika suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang
besar. Kacau selama 2-3 minit sebelum
diangkat. Masukkan garam dan gula secukup
rasa.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawang dan
hidangkan bersama nasi panas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan