Sabtu, 20 Februari 2016
Kuih Apam Gula Hangus
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia teman-teman semua. Di malam minggu ini saya rasa teman-teman sudah semestinya sedang beristirehat bersama keluarga masing-masing. semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya.
Petang tadi sempat saya membuat apam. Dah lama rasanya saya tak membuat apam. Kali ini saya cuba buatkan apam gula hangus. Saya cuba resepi dari dapur Kak Rose, My Kuali. Terima kasih resepinya, izinkan saya copykan resepinya di sini pula... ya.
Resepi Apam Gula Hangus
Bahan-bahan:
Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Bahan B
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
1 sdt soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
Caranya:
1. Gula dihanguskan, kemudian dicampurkan
dengan air, kemudian sejukkan.
2. Di dalam blender masukkan susu, telur,
minyak masak dan marjerin. Kisar
anggaran 3 minit.
3. Masukkan bahan A yang telah disejukkan
tadi bersama-sama soda bikarbonat dan
dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar
lagi hingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang selama
45 minit, jika menggunakan acuan kecil
kukus selama 15 minit.
6. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah
ditambah dengan sedikit tepung agar apam
tadi tidak mendap dan basah dibahagian
bawahnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan