Selasa, 7 April 2015

Peria Goreng


    Assalamualaikum wrh... wbr...

      Lama tak update tentang masak-memasak. Bukan apa, penyakit m melanda lagi. Kalau masak untuk makan pun masak yang ringkas-ringkas je. Kali ni saya updatekan mengenai masakan sayur peria goreng. Ramai orang yang tak suka makan  sayur peria ni disebabkan rasanya yang pahit. Untuk mengurangkan rasa pahitnya, selepas dipotong peria rendamkan dengan air garam. Apa-apapun lihatlah resepi peria goreng yang ringkas dari saya.



Sayur Peria Goreng

Bahan-bahan:
1 biji buah peria
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji cili besar *
2 biji cili api *
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit sos tiram


Cara memasaknya:
1. Buah peria dipotong-potong kecil, kemudian 
   rendam dengan air garam untuk mengurangkan 
   rasa pahit.
2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bahan 
   tumbuk hingga sedikit garing. Masukkan
   peria, kacau sekejap. Jika terlalu kering
   tambahkan sedikit air. 
4. Masukkan sos tiram, garam serta sedikit
   gula secukup rasa. Apabila sayur peria 
   sudah layu, pecahkan sebiji telur ke dalam
   sayur. Kacau lagi. 
5. Bila dah masak, tutupkan api, siap untuk di
   hidangkan.



1 ulasan:

  1. wahhh saya suka makan peria goreng. sebab kurang pahit. tapi kalau masak peria selain daripada goreng. heee memang payah nak telan

    BalasPadam