Selasa, 7 April 2015
Peria Goreng
Assalamualaikum wrh... wbr...
Lama tak update tentang masak-memasak. Bukan apa, penyakit m melanda lagi. Kalau masak untuk makan pun masak yang ringkas-ringkas je. Kali ni saya updatekan mengenai masakan sayur peria goreng. Ramai orang yang tak suka makan sayur peria ni disebabkan rasanya yang pahit. Untuk mengurangkan rasa pahitnya, selepas dipotong peria rendamkan dengan air garam. Apa-apapun lihatlah resepi peria goreng yang ringkas dari saya.
Sayur Peria Goreng
Bahan-bahan:
1 biji buah peria
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji cili besar *
2 biji cili api *
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit sos tiram
Cara memasaknya:
1. Buah peria dipotong-potong kecil, kemudian
rendam dengan air garam untuk mengurangkan
rasa pahit.
2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bahan
tumbuk hingga sedikit garing. Masukkan
peria, kacau sekejap. Jika terlalu kering
tambahkan sedikit air.
4. Masukkan sos tiram, garam serta sedikit
gula secukup rasa. Apabila sayur peria
sudah layu, pecahkan sebiji telur ke dalam
sayur. Kacau lagi.
5. Bila dah masak, tutupkan api, siap untuk di
hidangkan.
wahhh saya suka makan peria goreng. sebab kurang pahit. tapi kalau masak peria selain daripada goreng. heee memang payah nak telan
BalasPadam