Assalamualaikum wrh.... wbr....
Salam bahagia teman-teman semua,semoga anda semua beroleh kebahagiaan di hari ini dan hari-hari seterusnya. Besok adalah hari terakhir anak-anak bersekolah. Lepas ni, anak-anak pun mulalah bercuti. Mungkin ada di kalangan ibubapa yang dah merancang nak pergi bercuti kemana-mana. Semoga perancangan anda akan berjalan seperti apa yang dirancangkan.
Tercapai jugalah hasrat nak mencuba resepi dari dapur Zila Norazila ni iaitu Southern Yellow Chicken Rice setelah beberapa hari tergendala. Memang sedaplah nasinya, anak-anak pun suka. Komen my hubby, katanya boleh dibuatkan lagi. Bermakna okeylah tu.Terima kasih atas perkongsian resepinya yang sedap ini. Izinkan saya copykan resepinya kat sini pula... ya.
Resepi Southern Yellow Chicken Rice
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 12)
2 sdk garam
1 sdb serbuk kunyit
1 sdb rempah kari
Caranya:
1. Ayam dipotong 12, bersihkan dan roskan....
gaulkan bersama garam, serbuk kunyit
dan serbuk kari. Perap sebentar dan
goreng seperti biasa, jangan garing
sangat.
2. Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan.
Bahan Nasi:
1 sdb rempah kari
1 inci halia (ditumbuk kasar)
4 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
2 helai daun salam (tak letak sbb tak ada)
4 cawan beras basmathi (cuci dan toskan)
4 1/2 cawan air -tambah jika kurang
1/2 cawan susu cair (resepi asal guna santan)
sedikit minyak utk menumis -minyak
sapi + minyak masak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumiskan bunga
lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
serta bahan-bahan yang ditumbuk
serta rempah kari hingga wangi.
2. Masukkan beras dan kacau hingga
sebati atau mesra rempah kari tadi.
3. Tuangkan 1/2 cawan susu cair dan
4 1/2 cawan air.
4. Susunkan ayam goreng di atasnya dan
masukkan garam serta kiub ayam.
5. Masak nasi hingga masak.
6. Setelah siap bolehlah dihidangkan
bersama sos pedas dan salad.
Untuk sambalnya saya gunakan resepi
dari Zila juga:
Buah tomato, daun ketumbar, cili padi,
sedikit gula, garam, bawang putih di
blendkan sebentar,. Kemudian perahkan
limau kasturi .... sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan