Isnin, 2 September 2013

Kerabu Mangga

   
         Assalamualaikum wrh wbr...

    Salam penuh keceriaan kepada teman -teman semua. Kali ini saya entrikan tentang masakan kerabu mangga. Kebetulan ada buah mangga atau orang kedah panggil buah mempelam. So,jadilah kerabu mangga untuk makan tengah hari ini.




Resepi Kerabu Mangga

Bahan-bahan:

2 biji mangga muda (diparut)
secekak udang kering
3 batang kacang panjang (di potong)
sedikit kacang tumbuk
sedikit cili api (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
1 labu bawang besar (di hiris)
garam dan gula secukup rasa


Cara membuatnya:

1. Buah mangga muda diparut.

2. Campurkan semua bahan-bahan.

3. Rasa masam manisnya. Siap dihidang
   bersama nasi panas.


3 ulasan:

  1. Sudah tunjuk kerabu mangga...waaahh sedap tu...kalau mkn medti bertambah2 nasinya tu kannn...

    Baru teringat rmh saya pun ada mangga...kene tgok dulu kalau dh masak isinya...tak ada rezeki nk buat kerabu mangga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap pun Ain, kerabu mangga ni. Tak cukup sepinggan nasi je. Mesti nak tambah lagi.

      Padam
  2. Hmm kecur liur, blogwalking pagi2 ni tengok kerabu mangga di dapur Fadzillah. Dah lama tak buat...cuti hari minggu nanti nak cari mempelam jugak lah ^_^

    BalasPadam