Jumaat, 14 Jun 2013

Pulut Mangga Lagi


         Assalamualaikum wrh wbr.....

   Salam bahagia di petang Jumaat ini. Semoga berbahagia selalu. Hari ini agak sibuk sedikit kerana hari ini merupakan hari terbuka sekolah. So, hari ini kena lah mengadap guru-guru bagi mengambil report kad serta berbincang dengan guru-guru mengenai permasalahan pembelajaran anak-anak sekolah. Anak yang ke dua masih bersekolah rendah di tahun 5, anak yang ke tiga tahun 1 dan anak yang ke empat berumur enam tahun belajar di kelas tadika.


   Hari ini, saya masak pulut mangga. Kebetulan ada buah mangga kelmarin sewaktu ke pasar. Cantik-cantik buahnya dan murah pula ... tu. Jadi, tak lepas peluang lah, terus saya beli.


                     

           Pulut mangga ni memang ringkas penyediaannya. Saya lebih suka tanak pulutnya dan santannya pula saya masak sekejap sehingga naik wap. Memang sedap dimakan dengan buah mangga yang manis rasanya.


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Dah tahu dah akak tu, memang suka makan pulut mangga.... Sbb tu mama masakkan pulut mangga untuk awak.

      Padam