Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh kebahagiaan di hari Jumaat ini, penghulu segala hari. Semoga semua teman-teman berbahagia selalu hendaknya.
Di musim cuti persekolahan ini saya percaya, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan membawa anak-anak pergi bercuti ke destinasi2 percutian masing-masing. Kali ini, saya taklah bercuti jauh sangat memandangkan bulan puasa pun dah dekat, dan my son pula nak menyambung pelajarannya tak lama lagi, so perbelanjaan pun kenalah jaga juga. Jadi, sekadar bawa anak-anak pergi berkelah je lah.
Kali ini, kami sekeluarga pergi berkelah di Sungai Tekala, Semenyih. Okey juga tempat perkelahannya. Tak lah ramai sangat sbb kita pergi hari bekerja. Kalau hari Sabtu dan Ahad mesti ramai orang berkunjung ke situ. Lihatlah pic yang sempat diambil....
Tempatnya perkelahannya pun memang cantik dan bersih jugak sebab kawasan ini dijaga. Bayaran masuknya dikenakan RM 1 untuk orang dewasa dan kanak-kanak free.
Okey jugak tempat perkelahannya, anak-anak pun happy sangat dapat main air. Bila balik masing-masing muka penat je.
sejak kes kematian kat Lata Bayu,Baling,Kedah ..akak dah lam atak ke sungai/air terjun..takut hehe
BalasPadamSaya pun takut juga sebenarnya.... Kamsiah. Tapi kenalah beringat-ingat selalu jangan terlalu seronok sangat, dan kalau nak pergi ke tempat2 macam tu, kena lah tengok cuaca terlebih dahulu.
Padamlama tak pergi berkelah ni..mesti seronokkan...
BalasPadamsalam kenal..
Salam kenal juga dari saya.
PadamMemang lah seronok sekali-sekala dapat berendam dalam air.