Jumaat, 22 Mac 2013

Agar-agar Lumut


        Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam ukhwah di petang Jumaat yang penuh keberkatan ini, semoga teman-teman semua beroleh kesejahteraan selalu hendaknya. Besok bermulalah cuti perekolahan bagi adik-adik atau anak-anak yang masih bersekolah. Diharapkan semoga kegiatan dimasa cuti akan lebih bermanfaat dan digunakan dengan sebaik-baiknya.


     Oh ya... entri kali ini saya nak share lah mengenai masakan agar-agar lumut. Dah lama tak buat agar-agar. Hari ni terasa rajin lah pula masak agar-agar. Apa-apa pun layan je lah.





Resepi Agar-agar Lumut

Bahan-bahan:

10 gm agar-agar
3 cawan air
1/2 cawan gula (boleh tambah jika kurang 
       manis)
1/2 kotak santan
sedikit garam
sehelai daun pandan
pewarna hijau

Cara membuatnya:

1. Masak agar-agar dengan air hingga mendidih.
2. Masukkan gula dan daun pandan, biar 
   sehingga gula larut. Masukkan pewarna  
   hijau.
3. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga 
   kembang, masukkan santan dan sedikit
   garam. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian tuangkan bancuhan santan ke dalam 
   agar-agar, biarkan sehingga mendidih.
5. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang 
   disukai. Sejukkan di dalam peti sejuk.




4 ulasan:

  1. salam fadzillah, sedap kan agar2 lumut ni, kak ruby pun dah buat, sejuk di tekak......

    BalasPadam
  2. sedap ni kak.nak2 makan sijuk2..
    * jalan tobiar kak dok area mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampung akak kat Belakang Pondok Tanah Merah.

      Padam