Jumaat, 22 Mac 2013
Agar-agar Lumut
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam ukhwah di petang Jumaat yang penuh keberkatan ini, semoga teman-teman semua beroleh kesejahteraan selalu hendaknya. Besok bermulalah cuti perekolahan bagi adik-adik atau anak-anak yang masih bersekolah. Diharapkan semoga kegiatan dimasa cuti akan lebih bermanfaat dan digunakan dengan sebaik-baiknya.
Oh ya... entri kali ini saya nak share lah mengenai masakan agar-agar lumut. Dah lama tak buat agar-agar. Hari ni terasa rajin lah pula masak agar-agar. Apa-apa pun layan je lah.
Resepi Agar-agar Lumut
Bahan-bahan:
10 gm agar-agar
3 cawan air
1/2 cawan gula (boleh tambah jika kurang
manis)
1/2 kotak santan
sedikit garam
sehelai daun pandan
pewarna hijau
Cara membuatnya:
1. Masak agar-agar dengan air hingga mendidih.
2. Masukkan gula dan daun pandan, biar
sehingga gula larut. Masukkan pewarna
hijau.
3. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga
kembang, masukkan santan dan sedikit
garam. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian tuangkan bancuhan santan ke dalam
agar-agar, biarkan sehingga mendidih.
5. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang
disukai. Sejukkan di dalam peti sejuk.
salam fadzillah, sedap kan agar2 lumut ni, kak ruby pun dah buat, sejuk di tekak......
BalasPadamsedap ni kak..
BalasPadamsedap ni kak.nak2 makan sijuk2..
BalasPadam* jalan tobiar kak dok area mana ye?
Kampung akak kat Belakang Pondok Tanah Merah.
Padam