Sabtu, 23 Februari 2013

Kuih Apam Keledek

         
      Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia kepada teman-teman semua. Saya percaya di hari minggu ini pasti ramai yang sedang berehat bersama keluarga masing-masing. Dan ada di kalangan suri rumah sibuk memasak bagi menyiapkan juadah untuk makan tengah hari bersama keluarga tersayang. Pagi ni, saya cuma buatkan kuih apam keledek, memandangkan stok keledek masih ada lagi. Jadi saya cuba buatkan kuih tersebut untuk sarapan pagi. 


    Saya cuba dari resepi YATI MEMORIES. Terima kasih Yati atas resepinya... Sedap kuihnya.





Resepi Kuih Apam Keledek

Bahan-bahan:


3/4 cawan gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan*
2 cawan tepung beras
1 cawan keledek rebus
250 ml santan
1 cawan tepung gandum
sedilkit garam
1 sdk yeast
1 sdk baking powder

pewarna oren



Cara membuatnya:

1. Keledek direbus dan di blend bersama
   dengan santan (biarkan sebentar).

2. Masak bahan bertanda * dan sejukkan.

3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, 
   tepung gandum, yeast, baking powder dan 
   garam.

4. Satukan semuanya dalam blender dan kisar 
   sebati.

5. Perap selama 1 jam. Sapukan loyang atau 
   acuan kecil. Masukkan bahan  tersebut dan 
   kukus selama 15 minit.

6. Sekiranya menggunakan loyang kukus 
   selama 40 minit.

7. Apam ini boleh dimakan bersama kelapa 
   parut yang di gaul dengan  sedikit garam.



2 ulasan:

  1. tq share respi ni. Kalau boleh x yah letak word verification tuk komen. Nanti ramai yag x nak tinggalkan jejak komen. hehehe

    BalasPadam