Rabu, 27 Februari 2013
Bunga purple
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua. Semoga anda semua ceria di hari ini. Cantiknya bunga purple ni ....
gambar dari google
Sebenarnya saya ni memang peminat warna purple. Bila terlihat bunga ni, rasa tertarik pula. Biasa lah pompuan kan... memang sukakan bunga-bungaan dan benda-benda yang cantik kerana ianya juga boleh menghilangkan stress dan boleh dijadikan terapi pada mata kita. Lihat lah betapa indahnya ciptaan tuhan yang maha Esa. Ianya menjadikan sesuatu benda itu untuk dijadikan manfaat kepada hamba-hambanya. Bayang kan sekiranya dunia ini tanpa bunga. Apa akan jadi....
Sabtu, 23 Februari 2013
Kuih Apam Keledek
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia kepada teman-teman semua. Saya percaya di hari minggu ini pasti ramai yang sedang berehat bersama keluarga masing-masing. Dan ada di kalangan suri rumah sibuk memasak bagi menyiapkan juadah untuk makan tengah hari bersama keluarga tersayang. Pagi ni, saya cuma buatkan kuih apam keledek, memandangkan stok keledek masih ada lagi. Jadi saya cuba buatkan kuih tersebut untuk sarapan pagi.
Saya cuba dari resepi YATI MEMORIES. Terima kasih Yati atas resepinya... Sedap kuihnya.
Resepi Kuih Apam Keledek
Bahan-bahan:
3/4 cawan gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan*
2 cawan tepung beras
1 cawan keledek rebus
250 ml santan
1 cawan tepung gandum
sedilkit garam
1 sdk yeast
1 sdk baking powder
pewarna oren
Cara membuatnya:
1. Keledek direbus dan di blend bersama
dengan santan (biarkan sebentar).
2. Masak bahan bertanda * dan sejukkan.
3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras,
tepung gandum, yeast, baking powder dan
garam.
4. Satukan semuanya dalam blender dan kisar
sebati.
5. Perap selama 1 jam. Sapukan loyang atau
acuan kecil. Masukkan bahan tersebut dan
kukus selama 15 minit.
6. Sekiranya menggunakan loyang kukus
selama 40 minit.
7. Apam ini boleh dimakan bersama kelapa
parut yang di gaul dengan sedikit garam.
Ole-Ole dari Vietnam
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam ukhwah di hari minggu, semoga semuanya ceria-ceria selalu. Minggu lepas saya menerima ole-ole dari seorang kawan berupa fridge magnet dan bekas alat make up setelah pulang dari bercuti ke Vietnam. Ingat juga dia ke saya. Walaupun tak dapat ke sana, alhamdulillah dapat souvenirs pun okey lah.
Buatannya sangat kemas dan jahitan sulamannya pun sangat cantik.
Khamis, 21 Februari 2013
Intan Berlian Mega Giveaway 2013
Assalamualaikum wrh... wbr...
Jalan-jalan Blogwalking ternampak lah peraduan Mega Giveaway 2013 yang dianjurkan oleh Intan Berlian. Melihatkan hadiahnya best juga. Saya pun ikut join juga. Kepada teman-teman yang ingin join juga, bolehlah klik kat SINI.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Blogger mesti menetap di Malaysia /
mempunyai alamat di Malaysia.
2. Buat entry bertajuk "Intan Berlian Mega
Giveaway 2013".
3. Letak banner Intan Berlian Mega Giveaway
2013 dalam entry.
4. Letak link sponsor berikut dalam entry
- Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
- Awanazstyle Muslimah Shop
- House Of Pines
- Scaft Sweethoney
- Celesta Hijab
- Lalin Closet
- My Online Butique For You
- The Bag Galore
- Rinieescorner
- Coklat Manis2u
- A Concept Nature
5. Hantarkan link entry ke kotak komen
penganjur.
Peraduan ini bermula pada 1 hb Februari hingga 28 hb Februari 2013.
Cepat... cepat... marilah kita sama-sama memeriahkan lagi peraduan ini.
Rabu, 20 Februari 2013
Kuih Talam Keledek
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Kebetulan stok keledek masih ada dalam simpanan, tak tahu nak masak apa. Jadi saya cuba lah masak kuih talam keledek dari resepi KAK RUBY. Sedap sangat kuihnya. Oleh kerana anak-anak kurang meminati kuih-kuih talam ni, maka saya buatkan setengah sahaja dari resepi asal.
Izin kan saya letakkan resepinya kat sini ya Kak Ruby....
Resepi Kuih Talam Keledek
Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
1 cawan keledek dipotong dadu (direbus dan
ditoskan)
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sdk tepung hoen kwee / tepung jagung
80 gm gula halus
1/2 sdk garam
Cara membuatnya:
1. Bancuh semua bahan-bahan kecuali keledek,
tapis dan masak sehingga naik wap. Tutup
api dan masukkan keledek tadi dan kacau
hingga rata.
2. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di
sapu dengan sedikit minyak atau yang
telah dialas dengan plastik. Kukus
selama 15 minit.
Lapisan atas:
80 gm tepung gandum
150 gm gula halus
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
sedikit garam
pewarna oren
Cara membuatnya:
1. Bancuh semua bahan lapisan atas, tapiskan
ke dalam periuk dan masak sehingga naik
wap.
2. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi,
kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
3. Biarkan betul-betul sejuk baru lah
dipotong.
Ahad, 17 Februari 2013
Bayam Masak lemak
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam ukhwah kepada teman-teman semua, semoga ceria-ceria selalu di hari ini. Dah makan tengah hari? Saya yakin sudah pasti ada yang sedang berehat selepas makan tengah hari ni. Entri hari ini mengenai masakan sayur yaitu sayur lemak bayam. Saya campurkan dengan ubi keledek. Sekali sekala sedap juga kalau masak lemak. Lihat lah resepi ringkas dari saya.
Resepi Sayur Lemak Bayam
Bahan-bahan:
1 ikat sayur bayam (dipotong)
1 biji ubi keledek (dipotong kecil)
santan
4 ulas bawang merah (dihiris)
sedikit udang kering
cili merah (dipotong)
garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Rebus ubi dengan sedikit air sehingga
empuk. Masukkan bawang serta udang
kering.
2. Apabila mendidih, masukkan sayur bayam.
Masukkan juga santan. Masukkan cili
yang dipotong. Dikacau selalu supaya
santannya tidak pecah.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Barulah di angkat untuk dihidangkan.
Sabtu, 16 Februari 2013
Tempe Goreng Kacang Panjang
Assalamualaikum wrh wbr.....
Bertemu lagi di entri kali ini. Semoga teman-teman semua sukses selalu hendaknya.
Entri kali ini mengenai masakan iaitu tempe goreng kacang panjang. Resepi ni mudah sahaja dimasak, tak lah banyak bahan sangat digunakan. Kadang-kadang asyik makan ikan, ayam je. Sekali- sekala tukar selera, makan lah tempe pulak.
Teringat sewaktu tinggal kat Indonesia dulu, tiap hari asyik makan tempe dan tauhu saja sbb ikan-ikan laut memang susah didapati oleh kerana tinggal jauh daripada laut. Kalau ada ikan pun yang dah dikeringkan atau dah dilengat. Kalau ikan yang hidup pun hanya ikan kolam je (ikan darat)seperti ikan gurame, ikan mas, ikan lele (keli) dan sebagainya. Nak tak nak kena lah makan tempe sama tahu je. Itu lah pengalaman tinggal kat tempat orang. Alhamdulillah dapat juga mengetahui budaya, cara hidup, bahasa pertuturan dan sebagainya. Pengalaman yang tak semua orang dapat merasai. Dari situlah saya pandai makan tempe. Okeylah.... ayuh mari kita lihat resep masakan nya ya ibu...ibu...
Resepi Tempe Goreng Kacang Panjang
Bahan-bahan:
1 bungkus tempe
1 ikat kacang panjang @ kacang buncis
6 ulas bawang kecil *
4 ulas bawang putih *
sejemput ikan bilis *
3 biji cili api *
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit minyak masak untuk menggoreng
tempe dan menumis
Cara memasaknya:
1. Tempe dipotong kecil-kecil, dicuci serta
digoreng garing. Ketepikan.
2. Kacang panjang dipotong-potong.
3. Bahan-bahan yang bertanda * di tumbuk.
4. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk
hingga garing. Masukkan sos tiram, garam
dan gula.
5. Masukkan tempe dan kacang panjang,
kalau terlalu kering masukkan sedikit air.
Goreng sehingga kacang sedikit layu.
Rasakan garamnya.
6. Barulah diangkat untuk dihidangkan.
Khamis, 14 Februari 2013
Segmen Menang RM 200 By Putry Mirah
Assalamualaikum wrh... wbr...
Jalan-jalan blogwalking kali ini terjumpalah Segmen Menang RM 200 yang dianjurkan oleh Putry Mirah. Teringin nak join sama, mudah-mudahan ada rezeki. Kalau tak dapat pun tak kisah, mungkin dapat menambah kenalan baru bagi mengeratkan silaturrahim. Saya terjumpa segmen ni dari blog Cik Intan Berlian. Siapa yang nak cuba bolehlah click kat SINI.... Tarikh tutup segmen ini akhir bulan Februari.
Tunggu apa lagi. Marilah kita pakat-pakat join bagi memeriahkan segmen tersebut.
Puding Kastad Jagung
Assalamualaikum wrh wbr......
Salam bahagia teman-teman di malam Jumaat yang penuh barokah ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Hari ini terasa rajin lah pulak, maka saya buatkan puding kastad jagung. Dah lama tak makan puding ni. Kalau tengah cuaca panas makan puding jagung yang sejuk pasti enak dan nyaman di tekak. Apa pun lihat lah resepinya. Saya cuba resepi ni dari Normasri. Terima kasih atas resepinya.
Resepi Puding Kastad Jagung
Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis (cream style)
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 1/2 cawan susu cair/santan
Cara memasaknya:
1. Campurkan tepung kastad, gula,jagung,
susu dan air.
2. Kacau di atas api yang sederhana hingga
pekat dan berkilat.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau
acuan kesukaan.
Selasa, 12 Februari 2013
Contest Blog Comel by Nabila Biela
Assalamualaikum wrh... wbr...
Sekali lagi Nabila Biela menganjurkan segmen yang best sangat iaitu Contest Blog Comel, jadi saya juga ingin mencuba lagi kalau-kalau ada rezeki. Kepada kawan-kawan, apa tunggu lagi.... Marilah kita ramai-ramai mencuba nasib, selain itu marilah kita sama-sama memeriahkan lagi contest yang dianjurkan oleh adik Nabila Biela ini. Bagi yang ingin menyertai bolehlah lihat gambaran hadiahnya kat SINI.
Syarat-syaratnya:
1. Mesti Follow blog Nabila Biela dan like
pages.
2. Buat satu entri ringkas dan tampal kat
atas dan backlink kan kat entri ni
letak link entri kat komen di bawah ni.
3. Like SINI.
4. Like SINI.
5. Tamat pada 10/3/2013.
6. Pemenang dipilih berdasarkan blog
comel, kemas dan cepat loading.
Cepat....cepat.... siapa cepat dia dapat.
Muzium Kota Lukut
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam sejahtera kepada teman-teman semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Mungkin ada di antara teman-teman yang sudah kembali pulang dari bercuti sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, apa pun jua saya ucapkan selamat bercuti kepada anda semua. hari ini saya berkesempatan pergi melawat muzium peninggalan sejarah Kota Lukut yang terletak berdekatan dengan Port Dickson. Saja bawa anak-anak jalan-jalan ke sana, biar mereka tahu serba sedikit tentang sejarah Kota Lukut.
Muzium Lukut ditubuhkan untuk mempamerkan dan menyebarkan maklumat mengenai sejarah Lukut bermula dari awal kurun ke 19 sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada pada tahun 1880. Bangunan Muzium Kota Lukut yang terletak di sebelah Timur dan di bahagian belakang kota Lukut siap dibina pada tahun 1997. Reka bentuk dan ciri-ciri utama bangunan dipercayai mengikut rupa bentuk istana Raja Jumaat bin Raja Jaafar, pemerintahan Lukut (1847-1845) yg bercirikan senibina Bugis.
Inilah Muzium Kota Lukut. Muzium ini terdapat empat galeri utama iatu:
Galeri A -memaparkan tentang sejarah Kota
Lukut yg pernah mencapai zaman
kegemilangannya bermula dari kurun
ke 19 di bawah pemerintahan
beberapa pembesar.
Galeri B -memaparkan tentang sejarah
kedatangan adat perpatih, sistem
pemerintahan Negeri sembilan dan
kebudayaannya.
Galeri C -memaparkan mengenai perkembangan
teknologi pembuatan masyarakat
tradisional dari aspek senicipta
dan seni halus dalam peralatan
untuk kegunaan harian.
Galeri D -memaparkan mengenai kebudayaan
masyarakat Malaysia melaluikepel-
bagaian kebudayaan termasuklah seni
budaya, pakaian, permainan
tradisional, alat muzik dan
sebagainya.
Ini adalah lesung kaki digunakan untuk menumbuk padi untuk dijadikan beras yang digunakan oleh orang-orang dulu.
Ini pula alat permainan tradisional orang-orang Melayu iaitu gasing dan congkak.
Selasa, 5 Februari 2013
Kuih Kaswi Pandan
Asalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia kepada anda semua. Petang-petang begini, cuaca pulak redup je. Sedap juga kalau ada juadah untuk minum petang. So, saya buat lah kuih kaswi pandan memandangkan dah lama tak makan kuih ni. Kali ini saya cuba dari Cikgu Hafi@ My resepi. Sedap sangat kuihnya.
Resepi Kuih Kaswi Pandan
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan jika
tak suka manis)
1 sdb tepung ubi
1 sdb tepung beras
daun pandan
pewarna hijau
1 sdk air kapur
1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Blend semua bahan di atas, kemudian
tapiskan kedalam loyang atau masukkan
kedalam acuan yang disukai.
2. Kukus selama 30-40 minit.
3. Setelah sejuk barulah dipotong, bagi yang
menggunakan loyang.
4. Gaulkan kelapa bersama sedikit garam.
kemudian hidangkan bersama kuih kaswi
tersebut.