Rabu, 19 September 2012

Kuih Seri Muka Gula Merah

           
              Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia untuk semua yang sudi singgah kat blog ini. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Entri kali ini mengenai kuih seri muka gula merah yang saya cuba buatkan malam tadi. Alhamdulillah, rasanya  sedap sangat. Pulutnya pun sangat lembut. Kuih ni tak lah berapa manis sangat, yang sedang-sedang saja. Kuih ini menggunakan loyang 10x10x3. Jadi kepada kawan-kawan yang ingin mencuba, inilah resepinya...






Resepi Kuih Seri Muka Gula Merah

Bahan-bahan:

Bahagian bawah:

600 gm beras pulut
600 ml santan
2 tsp garam

Panaskan air dalam pengukus. Beras direndam selama sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih. Sapukan minyak di sekeliling loyang. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas kedalam loyang dan kukuslah selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak rata. Kemudian tekan-tekankan supaya ia padat.


Bahagian atas:

100 gm tepung kastad
150 gm gula merah
150 gm gula putih
50 gm tepung gandum
1000 ml santan
sedikit garam
5 biji telur
1 tsp air abu
1/2 tsp esen vanila

Satukan kesemua bahan-bahan di atas, masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap. Kemudian masukkan ke dalam pulut yang sudah masak tadi. Kukus selama 35 minit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan